Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

26 September 2019

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia 2/2019

Tarikh pinjaman: 26 Sept. 2019
Tarikh pemulangan: 26 Dis. 2019
Tempoh pinjaman: 3 bulan
Maksimum pinjaman bahan: 300 naskah
Pinjaman sebanyak: 109 naskah

  • Sukacita dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok kembali lagi buat kali kedua tahun ini. 
  • Perkhidmatan ini dibuat 2 kali setahun oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Perpustakaan Negara Malaysia.
  • Pada kali ini ProfPen telah membuat pinjaman sebanyak 109 naskah buku ( pelbagai genre ) daripada 300 naskah buku maksimum untuk dipinjam selama 3 bulan.
  • Kepada semua kakitangan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bolehlah mendapatkan koleksi-koleksi ini sebagai bahan bacaan atau rujukan.

Posted By Library Assistant

20 September 2019

Khemah Membaca 2019

Tarikh: 17-18 September 2019 ( Selasa & Rabu )
Tempat: Pusat Kegiatan Guru Sentul
Masa: 8:00pg - 17:00ptg

Khemah Membaca 2019 pada tahun ini menyenaraikan 18 orang calon Tokoh NILAM ( 9 calon sekolah rendah dan 9 calon sekolah menengah ). Seorang calon menarik diri daripada kategori sekolah menengah dan menjadikan jumlah calon menjadi 8 orang calon untuk sekolah menengah sahaja. 

Unit PSP tahun ini memilih PKG Sentul sebagai lokasi Khemah Membaca 2019 selama 2 hari tanpa bermalam. Tokoh akan dihantar ke lokasi Khemah Membaca dan di ambil pulang oleh guru atau keluarga masing masing mengeikut jadual yang telah disediakan oleh urussetia Khemah Membaca. Berikut adalah jadual bengkel:


Bagi pemilihan akhir dan penutupan bengkel Khemah Membaca, Unit PSP telah menjemput En Mustapa Alba b. Umar ( Penolong Pengarah Pembestarian ) untuk mewakili En Zainuddin b. Othman ( Ketua Penolong Pengarah ). Penyampaian hadiah kepada calon dan hakim Khemah Membaca 2019 telah disampaikan oleh Pn Arinawati bt Mohd Yassin dan En Mustapa Alba b. Umar.

Video Belakang Tabir Pembikinan Video Khemah Membaca 2019

Posted By Library Assistant

01 August 2019

08 July 2019

Bengkel Proses Saringan Tokoh NILAM WPKL ( SM & SK )

Tempat:
ProfPen & Cempaka 1

Tarikh:
3/7/2019 ( Sekolah Menengah )

Seramai 20 orang calon sekolah menengah telah dipilih untuk menghadiri temuduga Proses Saringan WPKL 2019 dan hanya 19 orang calon yang hadir, manakala seorang calon telah menarik diri kerana terlibat dengan aktiviti lain. Calon-calon ini ditemuduga di dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu mengikut format pertandingan yang baharu. Seramai 9 orang calon yang layak akan dibawa keperingkat seterusnya iaitu Khemah Membaca 2019. Surat akan dikeluarkan dan diedarkan ke sekolah bagi mengumumkan nama calon yang layak ke Khemah Membaca 2019.


Tarikh:
4/7/2019 ( Sekolah Rendah )

Seramai 20 orang calon sekolah rendah juga telah dipilih untuk menghadiri temuduga Proses Saringan WPKL 2019 dan hanya 17 orang calon yang hadir, manakala baki 3 orang calon telah menarik diri kerana terlibat dengan aktiviti lain. Calon-calon ini ditemuduga di dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu mengikut format pertandingan yang baharu. Seramai 9 orang calon yang layak akan dibawa keperingkat seterusnya iaitu Khemah Membaca 2019. Surat akan dikeluarkan dan diedarkan ke sekolah bagi mengumumkan nama calon yang layak ke Khemah Membaca 2019.



Masa:
8:00am - 8:30am ( Pendaftaran )
8:30am - 9:00am ( Kata alu-aluan KPP BTPN WPKL )
9:00am - 9:15am: ( Taklimat ) / 9:00am - 9:30am ( Sarapan Pagi )
9:30am - 3:00pm ( Sesi Temuduga )




Posted By Library Assistant

24 June 2019

Senarai Nama Calon Layak Ke Proses Saringan 2019

Berikut adalah senarai nama nama calon yang layak ke Peringkat Proses Saringan pada 3 Julai ( Sekolah Menengah ) dan 4 Julai ( Sekolah Rendah ):

Posted By Library Assistant

04 June 2019

Unit PSP BTPN WPKL Mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1140H
Minal Aidin Walfaizin



Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.