Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

23 January 2017

Bengkel NILAM & PSS 2017 Bersama Pegawai Di BTPN WPKL & PKG WPKL

Tarikh: 18 Januari 2017 ( Rabu )
Masa: 9:00pg - 5:00 ptg
Tempat: Bilik Mesyuarat Bunga Raya BTPN WPKL

Unit PSP telah mengadakan 1 bengkel NILAM & PSS yang telah ditambahbaik peringkat awal bersama-sama dengan pegawai-pegawai di BTPN WPKL dan PKG WPKL khasnya. Seramai 19 orang pegawai telah hadir berbengkel selama satu hari. Bengkel ini menerangkan beberapa penambahbaikkan daripada  pengurusan NILAM & PSS yang terkini, dapatan daripada PSP di BTP Bukit Kiara. Slide terbaru daripada BTP ini masih ditambahbaik dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan diterima oleh Pn Rosilawati Maabar ( NILAM ) & Pn Arinawati Mohd Yassin ( PSS ) untuk dipanjangkan dan disampaikan kepada Pegawai PKG WPKL ke GPM sekolah mengikut zon PKG masing-masing.


Sesi pertama: Pembentangan slide NILAM 2017 oleh Pn Rosilawati Maabar.

Cabutan Bertuah

Sesi kedua: Pembentangan slide PSS 2017 oleh Pn Arinawati Mohd Yassin.

Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.