Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

24 March 2015

Pemantapan Tokoh NILAM 2015 (Sesi 2)

Tarikh: 24-26 Mac 2015
Masa: 8:30pg – 4:30ptg
Tempat: ProfPen, BTPNWPKL

Pemantapan Tokoh NILAM 2015 bagi sesi kedua telah diadakan  di ProfPen BTPNWPKL. Unit PSP masih menggunakan khidmat dari Jurulatih NILAM yang sama seperti pada sesi pertama 2015. Aktiviti Pemantapan Tokoh NILAM ini dibuat bagi tujuan memurnikan dan memantapkan lagi  kemahiran yang perlu ada pada calon-calon Tokoh NILAM 2015 sebelum pertandingan sebenar. 
Berikut adalah jadual bagi sesi kedua Pemantapan Tokoh NILAM 2015:


Posted By Library Assistant

05 March 2015

Taklimat PSS Bersama Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Rendah WPKL

Tarikh: 5/3/2015 ( Khamis )
Masa: 8:30pg - 12:30tghr
Tempat: Bilik Cempaka 1, BTPNWPKL

Pada tahun ini, Unit PSP telah mengambil inisiatif dengan memberi taklimat kepada GPK sekolah WPKL mengenai PSS ( Pusat Sumber Sekolah ), peranan GPM dan GPK sekolah. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pengurusan dan aktiviti PSS bagi tahun 2015 dan turut memberi penjelasan tugasan dan fungsi GPM.

Berikut adalah taklimat yang telah dibentangkan oleh Pegawai di Unit PSP:

1.Perancangan Tahun 2015: Oleh En Mohd Zabidi B. Ismail (Ketua Unit PSP).
2.Program NILAM: Oleh Pn Rosilawati Binti Maabar
  • Galakkan Membaca
  • Pelaksanaan Program NILAM
  • Anugerah NILAM
3.Tokoh NILAM: Oleh Pn Arinawati Binti Mohd Yassin
4.IQPSS: Oleh Pn Arinawati Binti Mohd Yassin
5.Pusat Sumber Cemerlang: Oleh Pn Arinawati Binti Mohd Yassin






Posted By Library Assistant

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia 1/2015

Tarikh pinjaman: 04 MAC 2015
Tarikh pemulangan: 02 JUN 2015
Tempoh pinjaman: 3 bulan

Maksimum pinjaman bahan: 300 naskah

Pinjaman sebanyak: 200 naskah

  • Pada tahun ini ProfPen telah membuat pinjaman sebanyak 200 naskah buku daripada 300 naskah buku maksimum untuk dipinjam selama 3 bulan. Berbanding dengan pinjaman siri 1/2014 iaitu sebanyak 193 naskah buku sahaja.

  • Kepada penggemar-penggemar buku, ProfPen ada berita baik untuk anda. Pinjaman kali ini adalah pelbagai genre. Oleh itu, kepada semua kakitangan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijemput mendapatkan mendapatkan koleksi-koleksi buku kegemaran anda sebagai bahan bacaan.

Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.