Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

10 March 2014

Taklimat Guru Perpustakaan Media (GPM) Wilayah Persekutuan Putrajaya 2014

Unit PSP Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan taklimat kepada semua GPM Putrajaya pada ketetapan berikut:

Tarikh: 11 Mac 2014 (SELASA )
Masa: 8:30pg - 4:30ptg
Pendaftaran: 8:00 pg
Tempat: Bilik Warisan, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya ( JPWPP )
Untuk pertanyaan: Rohani Binti Hj Ahmad 019-2869695

Berikut adalah jadual taklimat: 


Posted By Library Assistant

05 March 2014

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia 1/2014

Tarikh pinjaman: 05 MAC 2014
Tarikh pemulangan: 06 JUN 2014
Tempoh pinjaman: 3 bulan
Maksimum pinjaman bahan: 300 naskah
Pinjaman sebanyak: 193 naskah

  • Pada tahun ini ProfPen telah membuat pinjaman sebanyak 193 naskah buku daripada 300 naskah buku maksimum untuk dipinjam selama 3 bulan. Berbanding dengan pinjaman bagi bulan November 2013 iaitu sebanyak 110 naskah buku sahaja.

  • Kepada penggemar-penggemar buku fiksyen seperti novel dan cerpen. ProfPen ada berita baik untuk anda. Pinjaman kali ini 100% adalah novel dan cerpen. Oleh itu, kepada semua kakitangan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bolehlah mendapatkan koleksi-koleksi novel dan cerpen ini sebagai bahan bacaan.



Posted By Library Assistant
‘Bangsa Berjaya, Bangsa  Membaca’

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.