Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

24 February 2014

Pengisisan Data Penarafan Kendiri Indeks Kualiti Pusat Sumber Sekolah ( iQPSS ) 2014

Penarafan adalah bertujuan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan pengurusan Pusat Sumber Sekolah seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, pengisian data 2014 secara atas talian akan dilaksanakan untuk semua sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengikut ketetapan berikut:



Tarikh  pengisian data: 25 Februari 2014 - 25 Mac 2014



Guru Perpustakaan Media diminta melaksanakan pengisian data mengikut ketetapan tarikh yang ditetapkan. 

Posted By Library Assistant

17 February 2014

Taklimat Guru Perpustakaan Media (GPM) WPKL.

Unit PSP BTPNWPKL akan melaksanakan taklimat bermula 18 - 27 Februari 2014 kepada GPM WPKL. Sehubungan dengan itu GPM WPKL diminta hadir pada ketetapan berikut:

Bil.
Sekolah Ahli PKG

Tempat
Tarikh
Masa
1
Ahli PKG Pudu

PKG Pudu
18.2.2014





8:00pg – 4:30ptg
2
Ahli PKG Segambut Jaya

PKG Sentul
19.2.2014
3
Ahli PKG Kg. Pandan

PKG Kg. Pandan

20.2.2014

4
Ahli PKG Keramat

PKG Keramat
25.2.2014
5
Ahli PKG Bangsar

PKG Bangsar
26.2.2014
6
Ahli PKG Sentul

PKG Sentul
27.2.2014

*Borang Profil Guru Perpustakaan Media yang dilampirkan bersama-sama surat panggilan hendaklah diisi dan diserahkan kepada PKG Sekolah masing-masing semasa taklimat dijalankan. 

Posted By Library Assistant

11 February 2014

Pemantapan Tokoh NILAM 2014 (Sesi 1)

Tarikh: 11-13 Februari 2014 ( Selasa – Khamis )
Masa: 8:30pg – 4:30ptg
Tempat: ProfPen, BTPNKL

Pemantapan Tokoh NILAM 2014 bagi sesi pertama telah diadakan  di ProfPen BTPNKL. Latihan ini telah dijalankan oleh enam orang Jurulatih NILAM dan seorang Jurulatih jemputan  Unit PSP masih menggunakan khidmat dari Jurulatih NILAM yang sama seperti pada tahun 2013.  Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM ini bertujuan untuk memurnikan dan memantapkan lagi  kemahiran yang perlu ada pada calon-calon Tokoh NILAM.

Jurulatih Pemantapan Tokoh NILAM:
  1. Pn Zailizah bt Mohd. Rahzali ( SMK Padang Tembak )
  2. Pn Nik Musalina bt Nik Mustapha (SMK Danau Kota )
  3. Pn Zalilah bt Abd Jalil ( SMK Cheras )
  4. Pn Asiah bt Hassan ( SMK Setapak )
  5. Pn Parameswary a/p Doraisamy ( SK Seri Bintang Selatan )
  6. Pn Nurul Aidah @ Khasittaton  bt Deraman ( SK Wangsa Melawati )
  7. Pn Mahanum bt Ismail ( Jurulatih Jemputan )


Calon Sekolah Menengah:
  1. Ruba Shree a/p Ruba Sundaram ( SM Sains Seri Puteri )
  2. Aishwariyaa Angelina Stephen ( SMK Aminuddin Baki )
  3. Umar Danial b. Nasarudin ( SM Agama Kuala Lumpur )
  4. Melissa Mae Gabriel ( SMK St. Mary )


Calon Sekolah Rendah:
  1. Muhd Aqil Aiman Putra b. Zainul Putra ( SK Seri Bintang Utara )
  2. Emily Wong Ying Sze ( SJKC Jalan Davidson )


Berikut adalah jadual bagi sesi pertama Pemantapan Tokoh NILAM 2014:

Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.