Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

09 November 2012

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM 2012 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM 2012 anjuran oleh BTPNKL bersama PPPSM telah berlangsung dengan jayanya  di Dewan Auditorium Jabatan Muzium Malaysia yang terletak di Jalan Damansara,  Kuala Lumpur pada 7 November 2012.

Acara tahunan ini diadakan dengan tujuan untuk meraikan murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang mencatat jumlah bacaan terbanyak di Wilayah Persekutuan mengikut beberapa kategori yang telah ditetapkan.

Pada majlis ini para pemenang bukan sahaja menerima hadiah berbentuk wang tunai dan sijil tetapi para pemenang turut diberi cenderahati  yang membawa mesej ‘Nilai-nilai Murni’ sumbangan dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. 

Majlis ini telah  dihadiri oleh tetamu kehormat yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Pelajaran Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat, Ketua Sektor PLTP dari Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, wakil dari PPPPSM , pengetua dan guru besar dari seluruh sekolah Kuala Lumpur, para pemenang hadiah pertandingan membaca,  guru pengiring serta pihak media tempatan.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Encik Tajudin Bin Mohamad Mor, Timbalan Pengarah Pelajaran, Pejabat Pelajaran  Wilayah Keramat merangkap Pengerusi PPPPSM.  Majlis juga turut diserikan oleh persembahan Dikir Barat dari Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul yang membawa tema membaca dan diikuti oleh bacaan sajak Bahasa Inggeris yang dikarang sendiri oleh Tokoh NILAM Negeri Kategori Sekolah Rendah iaitu adik Ong Qiao Se.

Diakhir majlis ini, kesemua tetamu , AJK dan para pemenang diberi peluang untuk melawat ke Pameran di Muzium Negara dan ke Pameran Khas ‘The Magic Of Traditional Medicine’ anjuran Jabatan Muzium Malaysia secara percuma selepas tamat Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM ini diadakan.

Sekalung Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK , PPPPSM, Jabatan Muzium Malaysia , KPKK dan juga pihak media yang telah bekerjasama untuk menjayakan majlis ini.


Laporan: ROsilawati Maabar
Posted By Library Assistant

05 November 2012

Majlis NILAM 2012


Posted By Library Assistant

25 October 2012

SALAM AIDILADHA 1433 H

الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله. الله أكبر الله أكبر ولله الحمد


Posted By Library Assistant

11 October 2012

MAKLUMAN TARIKH AKHIR PENGHANTARAN BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MEMBACA PROGRAM NILAM 2012:


Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah
Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR.

Tuan / Puan,

PERTANDINGAN MEMBACA PROGRAM NILAM ANJURAN BTPNKL DAN  PPPPSM  2012.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Untuk makluman pihak tuan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur dan PPPSM akan menganjurkan Pertandingan Membaca Program NILAM peringkat negeri tahun 2012. Pertandingan ini melibatkan aktiviti membaca dan merekod bahan bacaan murid-murid yang akan berakhir pada 30 September 2012 (terkumpul) dengan menggunakan buku rekod bacaan NILAM yang digunapakai oleh pihak sekolah.

3.         Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan untuk tindakan tuan selanjutnya. Borang pertandingan hendaklah dihantar kepada urus setia pertandingan, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Kuala Lumpur sebelum atau pada 17 Oktober 2012 (Rabu) jam 4.30 petang. Pertandingan ini adalah wajib kepada semua sekolah. Kegagalan mengembalikan borang penyertaan pada tarikh yang ditetapkan akan diminta menyediakan surat tunjuk sebab.

4.         Perhatian dan tindakan pihak tuan terhadap perkara ini adalah diharapkan dan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

Posted By Library Assistant

01 October 2012

Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM 2012


Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM 2012 anjuran Unit Pengurusan Sumber Penddidikan (UPSP) BTPNKL telah berjaya diadakan mulai 24 hingga 27 September 2012 di Kem Bumi Jati, Shah Alam.

Seramai 32 orang pelajar yang terdiri dari 16 murid sekolah rendah dan  16 pelajar sekolah menengah yang terpilih telah menyertai program ini. Peserta ini merupakan mereka yang terpilih hasil dari Proses Saringan Pemilihan Tokoh NILAM yang telah dijalankan di BTPNKL pada 16 dan 17 Julai 2012.

Sepanjang program ini dijalankan, para peserta telah diberi pendedahan dari segi penulisan dan pengucapan awam sebelum beberapa ujian pengesanan dijalankan oleh 8 orang hakim yang berpengalaman. Para peserta juga diberi peluang untuk menunjukkan bakat seni mereka dalam menghasilkan persembahan kumpulan dan juga dalam aktiviti mewarna batik canting setelah mereka tamat menjalani pelbagai ujian pengesanan.Selain itu aktiviti riadah juga turut diadakan.

 Diakhir sesi pemilihan, seramai  10 orang peserta iaitu lima calon dari sekolah rendah dan lima calon dari sekolah menengah telah terpilih sebagai ' finalis' dan mereka menjalani ujian terakhir yang berbentuk forum dan dinilai oleh  Pn.Mahanum bt. Ismail mantan ketua unit PSP BTPNKL sebagai ketua hakim, En. Imran b. Lazim Ketua Unit PSP BTPNKL, Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin PTP BTPNKL,Pn. Che Hafsah bt. Othman SMK Putrajaya Presint 16(1) dan Pn. Nor Azlina dari Sekolah Alam Shah Putrajaya.

Tokoh NILAM Peringkat Negeri WPKL 2012 telah dimenangi oleh Nanthini AP Mageshwaran dari SM Sains Seri Puteri dan Ong Qiao Se dari SJKC Taman Connaught.

Majlis Penutup Khemah Membaca dan Pemilih Tokoh NILAM 2012 telah disempurnakan oleh En. Zainuddin b. Hj. Othman, Penolong Pengarah BTPNKL dan majlis diakhiri dengan penyerahan sijil dan penyampaian hadiah kepada kumpulan peserta yang telah memenangi pelbagai aktiviti di sepanjang program Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM 2012 dijalankan.



Written By Rosilawati Maabar

Posted By Library Assistant

25 September 2012

Edaran Surat Khemah Membaca & Pemilihan Tokoh Nilam 2012

Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang telah tersenarai dalam Pemilihan Calon Tokoh NILAM Peringkat Negeri Kuala Lumpur. Justeru itu, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur (BTPNKL) telah menjalankan aktiviti Khemah Membaca & Pemilihan Calon Tokoh NILAM Peringkat Negeri Kuala Lumpur pada ketetapan berikut

Tarikh: 24 hingga 27 September 2012 (Isnin - Khamis)
Tempat: Kem Bumi Jati, No. Lot 3319, Batu 7, Jalan Kebun Seksyen 30, 40460 Shah Alam.
Urusetia: Pn. Arinawati Mohd Yassin ( 019-2872488) / Pn Rosilawati Maabar ( 016-3018799 )


Posted By Library Assistant

14 September 2012

Program Kembara Buku 1Malaysia 2012


Posted By Library Assistant

12 September 2012

Sepintas Lalu KM1M & Kempen READ: One Nation Reading Together


Sepintas Lalux :  Kem Membaca 1Malaysia dan Kempen READ: One Nation Reading Together

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.

Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di  dalam  entri Malaysian Book Of Record  (MBOR) 2010.

Sumbangan ini memberikan impak positif dalam pelaksanaan Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) di samping meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah. Bagi memastikan kejayaan kempen membaca ini, Scholastic Malaysia telah menyumbang 50 buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. Nilai sumbangan bahan bacaan yang diberikan bertambah dengan peningkatan bilangan sekolah dan murid yang mengambil bahagian dalam program ini setiap tahun seperti rajah dibawah.

Bil
Tahun
Bil. Sekolah
Bil. Murid
1.
2008
75
29,036
2.
2009
260
160,144
3.
2010
982
413,595
4.
2011
1,525
641,641
5.
2012
2000


Selain itu, Scholastic Malaysia turut memberikan sokongan padu dalam menjayakan Program Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan iaitu

Panduan Penyertaan Kempen Read 2012

Star Education: Sunday September 2, 2012
Get set, read-y, it’s time to read!
BACK for the fifth consecutive year, the READ2012 campaign is looking at promoting and fostering appreciation for books in schools.
Organised by Scholastic, publisher and distributor of children’s books, this year’s theme is “Every Flip of a Page Brings Knowledge”.
Held in partnership with the Education Ministry’s week-long 1Malaysia Reading Campaign, READ2012 is the largest reading event within schools and encourages students to set aside 2,012 seconds or 33.5 minutes to read together.
Scholastic Asia director Selina Lee states that reading is the single most important activity for building knowledge.
“It not only improves writing skills and

17 August 2012

Salam Aidilfitri 1433H


Posted By Library Assistant

18 July 2012

Proses Saringan Pemilihan Tokoh NILAM 2012


Tarikh: 16-17 Julai 2012
Masa: 8:30pg – 2.00ptg
Tempat: Bilik Cempaka 2, BTPNKL


Proses Saringan Pemilihan Tokoh NILAM 2012 telah berjaya dilaksanakan oleh Unit PSP, BTPNKL pada 16 hingga 17 Julai 2012 di bilik Cempaka 2, BTPNKL. Seramai 31 orang calon dari sekolah rendah dan 33 orang calon dari sekolah menengah telah hadir untuk menjalani ujian saringan ini. Proses saringan ini bertujuan

10 July 2012

Lampiran Lengkap Sebelum Proses Saringan Pencalonan Tokoh NILAM

Untuk makluman, berikut adalah tindakan yang perlu diambil oleh Guru Pengiring sebelum hadir ke Proses Saringan Pencalonan Tokoh NILAM yang dijadualkan pada 16 Julai 2012 (Isnin) bagi Sekolah Rendah & 17 Julai 2012 (Selasa) bagi Sekolah Menengah. Bagi borang BTPNKL/PSP-NILAM 03 iaitu borang kebenaran ibu bapa adalah tidak diperlukan. Hanya borang-borang  & salinan seperti berikut sahaja yang diperlukan.  Oleh itu sila lihat lampiran dibawah ini: 
:
Posted By Library Assistant

06 July 2012

Statistik Perkhidmatan Mobile Rigid Truck (M.R.T) 2012



Keahlian
Pinjaman
Bil.
Sekolah
Mac
April
Mei
Jun
Mac
April
Mei
Jun
1
Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati
2
8
-
-
-
-
-
-
2
Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota
-
-
-
-
-
-
-
-
3
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ibrahim Yaacob
-
30
-
2
-
-
-
6
4
Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa
-
2
-
-
-
-
-
-
5
Sekolah Sukan Bukit Jalil
-
37
-
14
-
9
-
16
6
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan
173
15
-
1
-
-
5
7
7
Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya
-
-
104
1
-
-
-
1
8
Sekolah Menengah Agama Islam Wilayah Persekutuan
-
-
-
2
-
-
-
2
9
Sekolah Kebangsaan Desa Tasik
-
7
64
-
-
-
-
-
10
Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik
-
2
29
30
-
-
-
54
11
Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Segambut
-
1
-
-
-
-
130
79
12
Sekolah Kebangsaan Taman Melati
-
-
-
-
-
-
1
-
13
Sekolah Kebangsaan Manjalara
-
11
-
-
-
-
-
-
14
Sekolah Kebangsaan Desa Pandan
-
1
3
-
-
-
-
-
15
Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil
-
-
-
-
-
-
-
-
16
Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri
-
-
-
-
-
-
-
-
17
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras
-
-
-
-
-
-
-
-
18
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali
2
77
-
-
-
-
-
-
19
Sekolah Menengah Seri Titiwangsa
-
-
6
-
-
-
-
-
20
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai
-
10
22
-
-
-
-
-
21
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah
-
3
-
-
-
-
-
-
22
Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
16
10
-
-
-
-
-
-
23
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa
-
-
-
-
-
-
-
-
24
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana
-
-
-
-
-
-
-
-
25
Sekolah Kebangsaan Alam Damai
-
-
-
-
-
-
-
-
26
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling 1
-
-
-
-
-
-
-
-
27
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling 2
55
24
-
-
-
-
-
-
28
Sekolah Kebangsaan Sri Saujana
-
205
-
-
-
-
-
-
29
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat
-
-
-
-
-
-
-
-
30
Sekolah Kebangsaan Seri Nilam
-
137
-
-
-
-
-
-
31
Sekolah Kebangsaan Sentul (2)
-
38
-
-
-
-
-
-
32
Sekolah Kebangsaan Polis Depot
-
109
-
-
-
-
-
-
Jumlah
248
727
228
50
0
9
136
165
JUMLAH KESELURUHAN
1253
310


Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.