Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

30 April 2014

Anugerah NILAM Kebangsaan 2014: Tempat Kedua Bagi Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Milik WPKL

Wakil WPKL meraih satu daripada empat kategori yang dipertandingkan semasa Pertandingan Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan iaitu Tempat Kedua bagi kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah yang dimenangi oleh Adik Emily Wong Ying Sze daripada SJKC Jalan Davidson. Tahniah kepada Emily Wong Ying Sze dengan kemenangan itu dan kepada tiga orang Tokoh NILAM iaitu Ruba Shree a/p Ruba Sundaram ( Tokoh NILAM Bahasa Melayu S.M ), Aishwariyaa Angelina Stephen ( Tokoh NILAM Bahasa Inggeris S.M ) dan Muhd  Aqil Aiman Putra b. Zainul Putra ( Tokoh NILAM Bahasa Melayu S.K ) tidak meraih sebarang tempat. Walaubagaimanapun usaha dan komitmen yang anda beri membuktikan anda tetap baik dikalangan yang terbaik. Tahniah juga.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan: 


Posted By Library Assistant

25 April 2014

Kepada Tokoh NILAM WPKL 2014, Selamat Berjuang!!!

Pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan 2014
Tempat: BTPN Negeri Sembilan
Tarikh: 21 - 27 April 2014



Posted By Library Assistant

17 April 2014

Pemantapan Tokoh NILAM 2014 Sesi 3

Tarikh: 16-17 April 2014 ( Rabu dan Khamis )
Masa: 8:30pg – 4:30ptg
Tempat: ProfPen, BTPNWPKL

Pemantapan Tokoh NILAM 2014 sesi ketiga telah diadakan  di ProfPen BTPNWPKL. Latihan ini telah dijalankan oleh tujuh orang Jurulatih NILAM. Unit PSP masih menggunakan khidmat dari Jurulatih NILAM yang sama seperti pada sesi pertama dan sesi kedua Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM sebelum ini untuk memurni dan memantapkan lagi  kemahiran yang perlu ada pada calon-calon Tokoh NILAM. Latihan ini adalah sesi latihan yang terakhir sebelum keempat-empat calon Tokoh NILAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini menyertai pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan 2014 yang bakal diadakan di BTPN Negeri Sembilan pada 21-27 April 2014.

JURULATIH NILAM 2014

Pn. Zailizah bt  Mohd  Rahzali
SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Pn. Nik Musalina bt. Nik Mustapha
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Pn. Zalilah bt. Abd. Jalil
SMK Cheras, Kuala Lumpur.

Pn. Asiah bt. Hasan
SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur

Pn. Parameswary a/p Doraisamy
SK Seri Bintang Selatan,Kuala Lumpur.

Pn. Nurul Aidah @ Khasittaton bt. Deraman
SK Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
  
Pn. Lorna Jessinta a/p Bernard
SJKT Sg Besi, Kuala Lumpur.



TOKOH NILAM 2014

Ruba Shree a/p Ruba Sundaram
SMK Sains Seri Puteri
Tokoh NILAM Bahasa Melayu S.M

Aishwariyaa Angelina Stephen
SMK Aminuddin Baki
Tokoh NILAM Bahasa Inggeris S.M

Muhd  Aqil Aiman Putra b. Zainul Putra
SK Seri Bintang Utara
Tokoh NILAM Bahasa Melayu S.K

Emily  Wong Ying Sze
SJKC Jalan Davidson
Tokoh NILAM Bahasa Inggeris S.K


Kami dari BTPNWPKL dan Unit PSP khasnya, mengucapkan selamat maju jaya kepada keempat-empat calon Tokoh NILAM Kuala Lumpur. Semoga beroleh kemenangan di atas usaha dan komitmen yang telah anda beri, lalui dan harungi sepanjang 3 kali sesi Pemantapan Tokoh NILAM.

Posted By Library Assistant

15 April 2014

Kursus Asas Pengurusan PSS 2014

Tarikh: 14 - 18 April 2014
Tempat: Pusat Kegiatan Guru Bangsar
Masa: 8:00pg - 5:00ptg
Urusetia: PKG Bangsar

Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 2014 merupakan aktiviti tahunan Unit PSP dan Unit Hal Ehwal PKG. Kursus kali ini telah diadakan di PKG Bangsar dan telah dihadiri oleh 80 orang GPM lantikan baru seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Gambar oleh Pn Haslizah Jibin (PKG Segambut Jaya)

Berikut adalah jadual kursus yang telah dijalankan:

Fasilitator:

EN. ZAINUDDIN BIN OTHMAN ( PENOLONG PENGARAH )
EN. MOHD FAKRUDDIN BIN MUSA ( UPSP )
PN. ARINAWATI BT. MOHD. YASSIN ( UPSP )

EN. ZAINI BIN MOHD.ENDOT ( PKG BANGSAR )
EN. NAZRI BIN ISHAK ( PKG PUDU )
PN. HASLIZAH BT JIBIN ( PKG SEGAMBUT JAYA )
CIK SYAM IRZA BT MOHD.SHAM ( PKG SENTUL )
EN. MOHAMMAD ASIF MUSHADAT BIN ABDUL SAHA ( PKG KERAMAT )
EN. FAZLI BIN ABD.HADI ( PKG KG. PANDAN )   
PN. SHARIFAH NORSUHAILA BT SAID SAMSUDIN ( PKG SENTUL )        
       Masa
Tarikh
8.00 – 9.00
9.00 – 10.00
10.00
10.30
10.30 – 12.30
12.30
2.00
2.00 – 5.00

ISNIN
14.4.2014

Pendaftaran & Sijl
(Pn.Sharifah)

Konsep Asas (En.Zainuddin)

R

Pentadbiran & Pengurusan
(En.Zainuddin)


R

Pengkatalogan Buku dan
Bukan Buku(Pengkelasan)
(Pn.Arinawati)


SELASA
15.4.2014

Pengurusan Sistem Fail /
Fail Kuasa
(Pn.Haslizah)

E

Pengkatalogan
(Pengkatalogan)
(Pn.Arinawati)

E

Pengkatalogan
(Proses Teknik)
(Pn.Arinawati)


RABU
16.4.2014


Kemudahan Fizikal
(En.Zaini)

T

Koleksi Bahan
(En.Asif)

T

Promosi & Penggunaan PSS (Cik Syam Irza)

KHAMIS
17.4.2014

Literasi Maklumat
(En.Fazli)


H

Aktiviti Galakan Membaca/
iNILAM
 (Cik Syam Irza) 


H

Penilaian PSS
 (En.Nazri)

JUMAAT
18.4.2014



Pengurusan PSS Cemerlang
(En.Fakruddin)


Pengurusan PSS Cemerlang
(En.Fakruddin)


Penilaian Kursus
(Urusetia)
Posted By Library Assistant

07 April 2014

BENGKEL PENGHASILAN MODUL PERANCANGAN TAHUNAN G.P.M WPKL 2014

TARIKH: 10 dan 11 APRIL 2014
MASA: 8:30pg sehingga 4:30ptg
TEMPAT: Pusat Kegiatan Guru Kampung Pandan

Ketua Fasilitator: En Zainuddin Hj Othman
Fasilitator: En. Mohd Fakruddin Musa & Pn Arinawati Mohd Yassin


Untuk makluman dan perhatian sekolah ahli di bawah PKG Kg Pandan yang terlibat dengan bengkel ini, Unit PSP akan melaksanakan aktiviti ini mengikut ketetapan seperti di atas. Sehubungan dengan itu kerjasama GPM sekolah ahli PKG Kg Pandan yang terlibat diminta hadir pada tarikh bengkel tersebut. Untuk sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi pihak urusetia:

Urusetia: En Mohd Fazli Ab Hadi & En Izam Ismail
03-92830550


Posted By Library Assistant

03 April 2014

Pemantapan Tokoh NILAM 2014 (Sesi 2)

Tarikh: 01-03 April 2014
Masa: 8:30pg – 4:30ptg
Tempat: ProfPen, BTPNWPKL

Pemantapan Tokoh NILAM 2014 bagi sesi kedua telah diadakan  di ProfPen BTPNWPKL. Latihan ini telah dijalankan oleh tujuh orang Jurulatih NILAM.  Unit PSP masih menggunakan khidmat dari Jurulatih NILAM yang sama seperti pada sesi pertama  Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM ini bertujuan untuk memurnikan dan memantapkan lagi  kemahiran yang perlu ada pada calon-calon Tokoh NILAM 2014. 
Berikut adalah jadual bagi sesi kedua Pemantapan Tokoh NILAM 2014:



Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.