Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

17 September 2013

Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM 2013

Unit Pengurusan Sumber Pendidikan (UPSP)  telah berjaya melaksanakan  Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM 2013  mulai 10 hingga 13 September 2013 di Kem Bumi Jati, Shah Alam.  Seramai 40 orang pelajar  calon Tokoh NILAM yang terdiri dari 20 murid sekolah rendah dan  20 pelajar sekolah menengah  telah menyertai program ini. Peserta ini merupakan mereka yang terpilih hasil dari Proses Saringan Pemilihan Tokoh NILAM yang telah dijalankan pada 20 dan 21 Ogos 2013 di BTPNWPKL.

Pada tahun ini,   pemilihan calon telah dilaksanakan dalam 2 kategori  iaitu Calon Tokoh NILAM Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah dan Calon Tokoh NILAM Bahasa Inggeris sekolah rendah dan menengah.

Diakhir sesi pemilihan, seramai  12 orang peserta iaitu enam  calon dari sekolah rendah dan  enam calon dari sekolah menengah telah terpilih sebagai ' finalis'. Peserta Mereka menjalani ujian terakhir yang berbentuk forum dan dinilai oleh  Pn.Hjh.Mahanum bt. Ismail, mantan Ketua Unit PSP BTPNWPKL sebagai ketua hakim, Pn. Hjh. Noorayni bt. Othman , mantan Ketua Unit Hal Ehwal PKG BTPNWPKL, Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin dan Pn.Rosilawati bt. Maabar Unit PSP BTPNWPKL serta CIk Syam Irza bt. Mohd Sham PTP PKG Sentul. 

Tahniah diucapkan kepada adik –adik yang telah berjaya menjadi Tokoh NILAM  Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Peringkat Negeri WPKL 2013. 
A) Calon Tokoh NILAM Bahasa Melayu 

1.         Ruba Shree A/P Ruba Sundram ( SM Sains Seri Puteri )
2.         Mohd Aqil Aiman Putra ( SK Seri Bintang Utara )
B) Calon Tokoh NILAM Bahasa Inggeris
1.         Aishwariyaa Angelina Stephen ( SMK Aminuddin Baki )    
2.         Emily Wong Ying Sze ( SJKC Jalan Davidson )



Calon-Calon Khemah Membaca 2013
Report By Rosilawati Maabar
Posted By Library Assistant

06 September 2013

Senarai Nama Khemah Membaca 2013

KHEMAH MEMBACA & PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Tahniah diucapkan kepada tuan/puan kerana murid dari sekolah tuan/puan telah tersenarai dalam Pemilihan Calon Tokoh NILAM Peringkat Negeri WPKL.

3. Justeru itu, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNWPKL) akan mengadakan Khemah Membaca dan Pemilihan Calon Tokoh NILAM 2013 pada ketetapan berikut:

3.1 Tarikh:   10 hingga 13 September 2013
3.2 Tempat:  KEM BUMI JATI,
                     No. Lot 3319, Batu 7,
                     Jalan Kebun, Seksyen 30,
                     40460 Shah Alam, Selangor.

4. Untuk makluman, peserta akan bertolak ke Kem Bumi Jati, Shah Alam dengan menaiki BAS yang disediakan pada jam 9 pagi. Berikut adalah senarai nama calon yang layak:



Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.