Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

21 February 2019

Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM Putrajaya 2019

Tarikh: 20/2/2019 ( Rabu )
Tempat: SK Putrajaya Presint 18 (2)
Kategori: Sekolah menengah ( Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris )

Tarikh: 21/2/2019 ( Khamis )
Tempat: SK Putrajaya Presint 18 (2)
Kategori: Sekolah rendah ( Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris )

Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Putrajaya untuk kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah dijalankan di SM Putrajaya Presint 18(2) pada 20 dan 21 Februari 2019. Pemilihan Tokoh NILAM Putrajaya ini dikelolakan oleh Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNWPKL dan dibantu oleh guru-guru dari sekolah tuan rumah sebagai urusetia.

Seramai 75 orang menghadiri Pemilihan calon Tokoh NILAM Putrajaya termasuk hakim, pegawai UPSP BTPNWPKL , urusetia dan 20 orang calon Tokoh NILAM bagi kategori sekolah menengah pada 20/2/2019 dan 27 orang calon Tokoh NILAM bagi kategori sekolah rendah pada 21/2/2019.  Majlis telah dimulai dengan taklimat khas kepada hakim dan diikuti taklimat kepada para calon dan guru pengiring

Peserta yang terpilih akan menjalani latihan pemantapan Tokoh NILAM bersama Tokoh Nilam
WPKL pada 26 hingga 28 Februari 2019.

Pegawai UPSP:
Pn Arinawati Mohd Yassin
Pn Rosilawati Maabar
En Khairul Nizam Hj Hamidun

Jk Persiapan Tempat:
Fauziah Mohammad

Jk Pendaftaran:
Widyawati Suntol

Jk Makan:

Norlila Kamaruddin

Hakim ( Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris ):
Kamila Musa
Bani Zanuril Anis Ahmad Shukri
Mazura Mohd
Nor Hana Nordin
Noraini Md Aripin
Nur Maizatul Khair Moktar
Mohammad Faizal Ramli









Laporan oleh: Pn Rosilawati Maabar
Gambar oleh: En Khairul Nizam Hj Hamidun
Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.