Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

19 April 2010

KEPUTUSAN ANUGERAH TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2010

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada warga BTPNKL , jurulatih utama dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga WPKL tersenarai dalam kalangan pemenang pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Barisan Pemenang  
                       Ainul menerima piala daripada TPM

Berikut adalah keputusan penuh Anugerah NILAM Kebangsaan 2010 yang telah diumumkan pada 20.02.2010 (Sabtu) di PWTC.

TOKOH NILAM SEKOLAH RENDAH
Yootha Tiki Yong (Selangor)

TOKOH NILAM SEKOLAH MENENGAH
Nur Adilla bt. Abd. Rahim (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah Bandar
1. Yootha Tiki Yong (Selangor)
2. Ainul Afifi Zafirah bt. Mazlan (KL)
3. Syarifah Nur Diyana bt. Syed Lamsah (Negeri 9)

Sekolah Rendah Luar Bandar
1. Izyan Ainaa bt. Khasbullah (Melaka)
2. Norshuhaidah bt. Abdul Shukur (Johor)
3. Nurliyana bt. Faiz (Selangor)

Sekolah Menengah Bandar
1. Nuraimi Nadirah bt. Rohim @ Rahim (Perak)
2. Liyana Syahirah bt. Muhamad Yusof (Johor)
3. Afiq Fakhri bin Muhammad Salimi (Selangor)

Sekolah Menengah Luar Bandar
1. Nur Adilla bt. Abd. Rahim (Pulau Pinang)
2. Siti Aisyah bt. Tumin (Johor)
3. Syed Akmal Shafiq bin Syed Haris (Selangor)

16 April 2010

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) bersama Malaysian Book Industry Council . Pesta buku yang ke-29 ini telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records sebagai pesta buku yang terbesar dalam sejarah Malaysia dengan jumlah booth sebanyak 857 buah.

Majlis Perasmian PBAKL 2010 telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 20 Mac 2010, jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC.


Pesta buku kali ini dijalankan seperti berikut:
Tarikh : 19 – 28 Mac 2010
Tempat : PWTC Kuala Lumpur
Masa : Isnin – Khamis (10.00 pagi – 8.00 malam)
Jumaat – Ahad (10.00 pagi – 9.00 malam)
BOOTH BTP : A81 ( LEVEL 3 )

Booth Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah dipertanggungjawabkan kepada Unit PSP, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur (BTPNKL). Seramai 18 orang pegawai telah ditugaskan sepanjang 10 hari pesta buku tersebut berlangsung. Jumlah pengunjung yang datang adalah seramai 875 orang yang terdiri daripada warga pendidik, kakitangan kerajaan dan swasta serta pelajar dan murid sekolah.



Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.