Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

13 October 2014

Keratan Akhbar: Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca NILAM 2014

Salam 1Malaysia,

Berikut adalah pautan berita berkenaan dengan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca NILAM 2014 yang berlangsung di SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 8hb Oktober 2014 ( Rabu ). Sila klik untuk memuat turun berita. Terima Kasih.





Posted By Library Assistant

09 October 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMBACA PROGRAM NILAM 2014 WPKL

Tempat: Dewan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) 

Tarikh: 8 Oktober 2014 ( Rabu )
Masa: 8:00 pg - 11:30 pg

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En Zainuddin B. Hj. Othman ( Ketua Penolong Pengarah BTPNWPKL ) diikuti dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Datin Nawal Bt Salleh ( Pengarah Pendidikan JPWP ) Majlis juga turut dihadiri oleh Pn Latifah Bt Mahfod ( Naib Pengerusi 4PSM ). 

Bagi menyerikan majlis,  persembahan multimedia serta kumpulan kugiran akustik dari pelajar sekolah menengah dan sajak dari pelajar sekolah rendah telah dipersembahkan. Penyampaian sijil telah diberikan kepada lapan kategori individu dan empat kategori Pendidikan Khas manakala penyampaian piala dan sijil teleh diberikan kepada Kategori Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri dan Tokoh NILAM Negeri 2014.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.


Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.