Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

25 July 2018

Proses Saringan Pemilihan Tokoh NILAM 2018

Tarikh: 24/7/2018 Selasa ( Sekolah Menengah )
Tarikh: 25/7/2018 Rabu ( Sekolah Rendah )
Tempat: ProfPen / Cempaka 1 / Cempaka 2
Masa: 8:00pg hingga 2:00ptg


Pada 24 Julai 2018 ( Selasa ), dua kategori iaitu kategori Bahasa Melayu sekolah menengah & Bahasa Inggeris sekolah menengah dipertandingkan. Seramai 20 calon terpilih keperingkat saringan tetapi seorang calon menarik diri.   Bagi kategori Bahasa Inggeris sekolah menengah seramai 11/11 calon yang hadir manakala bagi calon Bahasa Melayu sekolah menengah pula 9/9 sahaja calon yang hadir. Terdapat pertukaran calon bagi kategori Bahasa Melayu ke kategori Bahasa Inggeris pada waktu pendaftaran dan menyebabkan jumlah calon tidak sama seperti senarai di dalam surat jemputan. Perkara tersebut telah mendapat persetujuan serta kebenaran oleh Pn Arinawati Mohd Yassin dengan alasan, calon sediada lebih bersedia dengan kategori Bahasa Inggeris.



Pada 25 Julai 2018 ( Rabu ) pula, Proses Saringan bagi peringkat sekolah rendah telah dijalankan. Seramai 22 orang calon terpilih keperingkat saringan. Bagi kategori Bahasa Inggeris sekolah rendah seramai 12/12 calon yang hadir manakala bagi calon Bahasa Melayu sekolah rendah pula seramai 10/10 calon yang hadir.



Peratus kehadiran bagi calon-calon bagi setiap kategori menengah dan rendah bagi tahun ini mencapai tahap 100% hadir.

Berikut adalah hakim yang terlibat dengan proses pemilihan:
  1. NIK MUSALINA BT NIK MUSTAPA ( SMK DANAU KOTA )
  2. FURZIAH BT AFFANDI ( SMK PUTERI AMPANG )
  3. ZAILIZA BT MOHD RAHZALI ( SMK PADANG TEMBAK )
  4. PARAMESWARY A/P DORAISAMY ( SK SERI BINTANG SELATAN )
  5. NORAINI BT JAMLUDDIN ( SMK CHERAS )
  6. NURUL AIDAH @ KHASITTATON BT DERAMAN ( SK WANGSA MELAWATI )
  7. ASIAH BT HASSAN ( SMK SETAPAK INDAH )



Posted By Library Assistant

02 May 2018

Pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan 2018

Tempat: BTPN Selangor
Tarikh: 26-30/4/2018

Penilaian calon Tokoh NILAM  Peringkat Kebangsaan 2018 telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor pada 23 sehingga 28 April 2018. Seramai 56 orang calon telah turut serta dalam pencalonan ini.  Dua kategori dipertandingkan iaitu kategori Bahasa Melayu dan kategori Bahasa Inggeris bagi sekolah rendah dan sekolah menengah .

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNWPKL) telah menghantar calon daripada 2 buah negeri Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya. BTPN WPKL mengucapkan sekalung tahniah kepada lima orang calon tokoh NILAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, terutamanya bagi kategori Pendidikan Khas Masalah Penglihatan iaitu Kong Meng Fatt ,SK Pendidikan Khas Jalan Batu, Kuala Lumpur yang mendapat Johan Kategori Pendidikan Khas : Masalah Penglihatan . Begitu juga bagi Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah iaitu Aliea Innarah Qeira bt Johari Kamil dari SK Bukit Damansara dan Kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah iaitu Ahmad Akif Syarafuddin bin Sahar , SM Sains Alam Shah masing-masing telah mendapat saguhati tempat ke empat.

Calon Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu Muhammad Afiq bin Zairul Azwan , Sekolah Sultan Alam Shah, WP Putrajaya juga telah mendapat saguhati tempat ke empat bagi Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah.


Bagi yang tidak berjaya juga diucapkan tahniah di atas komitmen dan usaha kesemua calon  ini. Anda adalah yang terbaik di antara terbaik terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

1.            Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)  :
               Muhammad Alif Safwan bin Azlan
   SK Intan Baiduri, WP Kuala Lumpur
                                                               
2.            Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah) :                      
  Aleia Innarah Qeira bt. Johari Kamil
  SK Bukit Damansara, WP Kuala Lumpur
                               
3.            Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Menengah) :
  Ahmad Akif Syarafuddin b Sahar
  SM Sains  Alam Shah. WP Kuala Lumpur
                               
4.           Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah) :
  Preetyjeet Kaur Deol
  SMK Convent Bukit Nanas, WP Kuala Lumpur

Tahniah kepada Team WPKL

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

1.      Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Rendah):
Nur Dhaifina binti Amiza                        
SK Putrajaya Presint 11 (1), WP Putrajaya
                                       
2.     Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah):
Sofeena Balqis binti Abd Rahman
          SK Putrajaya Presint 8 (1), WP Putrajaya        
      
3.     Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Menengah):
Muhammad Zabir bin Azreen Redzal
  Sekolah Sultan Alam Shah, WP Putrajaya

4.     Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah):
Muhammad Afiq bin Zairul Azwan ( Tempat Ke-Empat )
Sekolah Sultan Alam Shah, WP Putrajaya


Posted By Library Assistant

18 April 2018

Pemantapan Tokoh NILAM Sr3/2018

Tarikh: 10-11/4/2018 ( Selasa & Rabu )
Tempat: ProfPen, BTPN WPKL
Masa: 8:00pg - 5:00ptg

Ini merupakan bengkel terakhir bagi Pemantapan Tokoh NILAM WPKL dan diharap Tokoh NILAM WPKL yang akan ke peringkat kebangsaan bagi tahun 2018 kali ini dapat meluaskan lagi  kreativiti dan idea yang lebih segar semasa bertanding nanti. Berikut adalah aktiviti bengkel yang dijalankan:

  • Ujian Penulisan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
  • Persediaan & Penilaian Individu 
  • Penilaian Terakhir Forum Oleh En Zainuddin b. Othman ( Ketua Penolong Pengarah BTPN WPKL )
  • Penutup

Video sorotan penilaian terkakhir oleh En Zainuddin b Othman ( Ketua Penolong Pengarah BTPN WPKL ) :


Posted By Library Assistant

Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM Wilayah 2018

Tempat: Perbadanan Kota Buku, Kuala Lumpur
Tarikh: 9 April 2018 ( Isnin )
Masa: 8:30 pg - 4:30 ptg

Buat pertama kali, UPSP BTPN WPKL mengadakan bengkel yang menggabungkan dua wakil tokoh wilayah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Wilayah Putrajaya. Bertempat di Perbadanan Kota Buku, mereka dikumpulkan dan melakukan aktiviti forum Bahasa Melayu & Bahasa  Inggeris bagi sekolah menengah dan rendah. 

Bengkel ini turut disertai oleh En Mustapa Alba Umar ( Penolong Pengarah Pembestarian BTPN WPKL ), Ketua Unit PSP, Pegawai PSP, Jurulatih Utama WPKL & Guru Pengiring Tokoh Putrajaya bagi setiap kategori. UPSP turut berbesar hati dengan kehadiran Tn Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar ( CEO Perbadanan Kota Buku ) yang memberikan ceramah mengenai Literasi Maklumat & Perbukuan kepada Tokoh Tokoh Wilayah 2018 yang akan bertanding bagi peringkat kebangsaan nanti. Berikut adalh video sorotan sepanjang bengkel.


Posted By Library Assistant

06 April 2018

PELANCARAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI WPKL 2018

Tarikh: 3 April 2018 ( Selasa )
Tempat: Perpustakaan 1Wilayah, Medan Idaman, Danau Kota 
Masa: 8:00pg - 1:00ptg

Aktiviti utama majlis:

1. Ucapan Pengerusi Pelancaran KM1M Peringkat Negeri WPKL 2018 oleh En Zainuddin b. Othman ( Ketua Penolong Pengarah BTPN WPKL )

2. Ucapan dan perasmian Pelancaran KM1M Peringkat Negeri WPKL 2018 oleh YBhg. Puan Sri Datuk Hajah Rohmah bt Latiff ( Isteri Datuk Bandar Kuala Lumpur )

3. Persembahan Multimedia: Video Klip Tokoh NILAM 2017 di Padi Box ( Membaca Gaya Wawasan )

4. Bacaan Senyap 5 Minit

5. Penyampaian sijil & hadiah

  • Pertandingan dari PKG Sentul / PKG Keramat & PKG Segambut Jaya.
  • Cenderamata BTPN WPKL kepada YBhg. Puan Sri Datuk Hajah Rohmah bt Latiff ( Isteri Datuk Bandar Kuala Lumpur )
  • Cenderamata Perpustakaan Kuala Lumpur kepada YBhg. Puan Sri Datuk Hajah Rohmah bt Latiff ( Isteri Datuk Bandar Kuala Lumpur )
  • Penyampaian Sijil Penghargaan BTPN WPKL oleh En Zainuddin b. Othman ( Ketua Penolong Pengarah BTPN WPKL ) kepada Tuan Haji Wan Mohamad Ghazali Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
  • Penyampaian Sijil Penghargaan BTPN WPKL oleh En Zainuddin b. Othman ( Ketua Penolong Pengarah BTPN WPKL ) kepada Puan Anita bt Mohd Jali ( Ketau Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Kuala Lumpur )
6. Lawatan pameran hasil pertandingan oleh VVIP


Aktiviti & Pertandingan:
1. Bengkel Robotik ( Sekolah rendah )
2. Permainan Interaktif X-Box ( Sekolah Menengah )

3. Pertandingan Penghasilan Site PdP VLE Frog Sekolah Menengah ( Sekolah di bawah PKG Sentul)

  • Johan: SMK (P) Jalan Ipoh
  • Naib Johan: SMK Sentul Utama
  • Ketiga: SMK La Salle Sentul

4. Pertandingan membuat Pop-Up Book ( Sekolah di bawah PKG Keramat )

  • Johan: SK Seri Bonus
  • Naib Johan: SK Padang Tembak 2
  • Ketiga: SK Polis Depot

5. Pertandingan Melukis Ilustrasi Buku Fiksyen ( Sekolah di bawah PKG Segambut Jaya )

  • Johan: SJKC Kepong 3
  • Naib Johan: SJKC Mun Choong
  • Ketiga: SK Seri Kepong


Posted By Library Assistant

19 March 2018

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia 1/2018

Tarikh pemulangan: 09 Mac 2018
Tempoh pinjaman: 3 bulan
Maksimum pinjaman bahan: 300 naskah
Pinjaman sebanyak: 108 naskah

·                     Sukacita dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok kembali lagi buat kali pertama tahun ini. 

·                     Perkhidmatan ini dibuat 2 kali setahun oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Perpustakaan Negara Malaysia.

·                     Pada kali ini ProfPen telah membuat pinjaman sebanyak 108 naskah buku ( pelbagai genre ) daripada 300 naskah buku maksimum untuk dipinjam selama 3 bulan.


·                     Kepada semua kakitangan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bolehlah mendapatkan koleksi-koleksi ini sebagai bahan bacaan atau rujukan.

Posted By Library Assistant

09 March 2018

Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM Sr.2/2018

Tarikh: 06-08/03/2018 ( 3 hari )

Masa: 8:00pg - 4:30ptg

Tempat: ProfPen BTPN WPKL


UPSP masih menggunakan khidmat enam orang Jurulatih Utama Tokoh NILAM Kebangsaan seperti pada sesi pertama pemantapan.

6 Mac 2018 ( Selasa )
  • Ujian Penulisan
  • Penilaian Individu
  • Semakan Penulisan
  • Forum Berkumpulan
  • Perbincangan Penilaian Berkumpulan

7 Mac 2018 ( Rabu )
  • Persediaan Individu
  • Penilaian Individu
  • Semakan Penulisan
  • Forum Berkumpulan
  • Penilaian Forum Oleh En Zainuddin Othman ( KPP BTPN WPKL ) 

8 Mac 2018 ( Khamis )
  • Ujian Penulisan 
  • Semakan Ujian Penulisan 
  • Sesi Fotografi
  • Penilaian Individu
  • Penyediaan Dokumen
  • Forum Berkumpulan

Posted By Library Assistant

08 February 2018

Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM Sr.1/2018

Tarikh: 07-08/02/2018 ( 2 hari )
Masa: 8:00pg - 4:30ptg
Tempat: ProfPen BTPN WPKL

Wakil Tokoh NILAM WPKL 2018:

1. Kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah 

  •  Ahmad Akif Syrafuddin b. Sahar ( SM Sains Alam Shah )

2. Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah

  • Preetyjeet Kaur Deol ( SMK Convent Bukit Nanas )

3. Kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah

  • Muhammad Alif Safwan b. Azlan ( Sk Intan Baiduri ) 

4. Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

  • Aleia Innarah Qeira bt Johari Kamil ( SK Bukit Damansara )

UPSP BTPN WPKL masih menggunakan enam orang Jurulatih Utama yang sama bagi tahun ini. Pada sesi pertama tokoh menjalani latihan Pennilaian Individu / Penulisan / Forum.


Posted By Library Assistant

25 January 2018

Mesyuarat Perkongsian Pintar Di Perbadanan Kota Buku

Tarikh: 24 Januari 2018
Masa: 9:00pg
Tempat: Bilik Mesyuarat Perbadanan Kota Buku

Agenda: 1. Perbincangan Tentang PSS Abad Ke 21 Oleh Perbadanan Kota Buku
               2.  E-Library Oleh Microsoft
               3. Latihan Penggunaan E- Library Oleh Microsoft Untuk GPM WPKL

Ahli Mesyuarat: Penolong Pengarah Pembestarian BTPN WPKL / Ketua Ketua Unit & Pegawai Pembestarian BTPN WPKL ( UPSP / UMIP / UBEST )  / Ketua Unit Latihan BTPN WPKL

Penerangan Tentang PSS Abad Ke 21 Oleh Puan Rusnaja bt Mohd Yusof ( Pegawai Perbadanan Kota Buku )

Penerangan Oleh En Azim ( Pegawai Perbadanan Kota Buku )

Ahli Mesyuarat Perkongsian Pintar Bersama Perbadanan Kota Buku & Microsoft

Posted By Library Assistant

12 January 2018

Bekalan Bahan Bacaan Tambahan ( BBT ) 2018 Di ProfPen, BTPN WPKL

Jadual pengambilan buku tersebut adalah seperti berikut:

1. Isnin   8 Januari 2018 -PKG Pudu
2. Selasa   9 Januari 2018 -PKG Keramat
3. Rabu 10 Januari 2018 -PKG Sentul
4. Khamis 11 Januari 2018 -PKG Bangsar
5. Isnin 15 Januari 2018 -PKG Kampung Pandan
6. Selasa 16 Januari 2018 -PKG Segambut Jaya

Untuk sekolah rendah buku yang dibekalkan adalah sebanyak 7 judul seperti berikut:

1. Novel Sejarah: Sumpah Bukit Sadok
2. Tatabahasa Dewan: Bentuk Kata Edisi Sekolah Rendah Buku 1 Morfologi
3. Tatabahasa Dewan: Bentuk Kata Edisi Sekolah Rendah Buku 2 Morfologi
4. Tatabahasa Dewan: Binaan Ayat Edisi Sekolah Rendah Buku 3 Sintaksis
5. Kenal Diri Kita Dahulu
6. Theme: Clothing Numbers
7. Kemahiran Hidup: Kreativiti Kraf

Manakala untuk sekolah menengah sebanyak 7 buah buku telah dibekalkan seperti berikut:

1. Novel Remaja: Cabaran Hidup Remaja
2. Novel Sejarah: Awang Kembara Mengelilingi Dunia
3. Makanan Tradisional Masyarakat Malaysia
4. Isu Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah Di Malaysia
5. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua
6. Pendekatan Kaunseling Spiritual Menurut Al-Ghazali

7. Saya Ingin Tahu Tentang Sains Sel




Laporan Daripada Portal BTPNKL
Teraju Portal: En Rosli Kemat ( UMIP )
Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.