Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

29 November 2013

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia 2/2013

Tarikh pinjaman: 25 NOV. 2013
Tarikh pemulangan: 25 FEB. 2014
Tempoh pinjaman: 3 bulan
Maksimum pinjaman bahan: 300 naskah
Pinjaman sebanyak: 110 naskah

  • Sukacita dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok kembali lagi buat kali kedua tahun ini. 

  • Perkhidmatan ini dibuat 2 kali setahun oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Perpustakaan Negara Malaysia.

  • Pada kali ini ProfPen telah membuat pinjaman sebanyak 110 naskah buku daripada 300 naskah buku maksimum untuk dipinjam selama 3 bulan.

  • Kepada semua kakitangan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bolehlah mendapatkan koleksi-koleksi ini sebagai bahan bacaan atau rujukan.

Posted By Library Assistant

06 November 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMBACA PROGRAM NILAM 2013 WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM 2013 telah berjaya diadakan di Dewan Sekolah Menengah Agama Mahlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) di Bandar Seri Permaisuri pada 31 Oktober 2013.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Encik Tajudin Bin Mohamad Mor, Timbalan Pengarah Pelajaran, Pejabat Pelajaran  Wilayah Keramat merangkap Pengerusi PPPPSM.  Majlis juga turut diserikan oleh persembahan Pidato dari Adik Ruba Shree A/P Ruba Sundaram Ruba dari SM Sains Sri Puteri dan juga Tokoh NILAM Bahasa Inggeris Sekola Menengah dan Persembahan Nasyid dari SMA MAIWP.

Selain itu Sijil Penghargaan turut diberikan kepada 4 buah sekolah yang memenangi Pusat Sumber Cemerlang Wilayah Persekutuan dan juga kepada 7 orang jurulatih Tokoh NILAM bagi mengenang jasa mereka melatih Tokoh NILAM Negeri sehingga berjaya di Peringkat Kebangsaan.

            Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.

PEMENANG TOKOH NILAM PERINGKAT  NEGERI 2013
KATEGORI BAHASA MELAYU
Sekolah Menengah
1.RUBA SHREE A/P RUBA SUNDARAM - SM SAINS SERI PUTERI.
2.UMAR DANIAL B. NASARUDIN - SM AGAMA  KUALA LUMPUR
3.WARDATI NABIHA BT NORDIN - SM SERI BINTANG UTARA
Sekolah Rendah
1.MUHD. AQIL AIMAN PUTRA B. ZAINUL PUTRA - SK SERI BINTANG UTARA
2.NUR ARISSA SOFEA BT. ZAINOL - SK TUN HUSSEIN ONN
3.NUR ILYA MAISARAH BT. MOHAMAD - SK WANGSA MELAWATI

KATEGORI BAHASA INGGERIS
Sekolah Menengah
1.AISHWARIYAA ANGELINA STEPHEN - SM AMINUDDIN BAKI
2.MELISSA MAE GABRIEL- SMK ST MARY
3.LEE SUM MEI - SM SERI BINTANG UTARA
Sekolah Rendah
1.EMILY WONG YING SZE - SJKC JLN DAVIDSON
2.YASMIN SOFEA BT REZY IZWAN - SK SERI BINTANG UTARA
3.FALIHA SHASLYNNE BT AHMAD HUSNI - SK CONVENT BUKIT NANAS 2

JURU LATIH UTAMA NILAM WPKL
1.NIK MUSALINA BT. NIK MUSTAPHA - SMK DANAU KOTA
2.ZAILIZA BT. MOHD. RAHZALI - SMK PADANG TEMBAK
3.JAMIELAH BT. MOHD. DAHALAN - SMK KEPONG BARU
4.ASIAH BT. HASSAN - SMK SETAPAK INDAH
5.RUME BT. YUSOFF - SMK MENJALARA
6.ZALILAH BT. ABD. JALIL - SMK CHERAS
7.NURUL  AIDAH @KHASITTATON BT.DERAMAN - SK WANGSA MELAWATI

PSS CEMERLANG 2013
1.SMK TAMAN TUN DR ISMAIL - JOHAN
2.SMK SERI BINTANG UTARA  - NAIB JOHAN

1.SK SERI BINTANG UTARA  - JOHAN
2.SK DESA PANDAN  - NAIB JOHAN

Report By Rosilawati Maabar.
Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.