Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

31 January 2012

Unit PSP Mengucapkan Selamat Hari Wilayah

Setiap tahun tanggal 1 Februari ditetapkan sebagai Hari Wilayah Persekutuan. Mari kita kenali serba sedikit tentang Wilayah Persekutuan ini. Di Malaysia terdapat 3 Wilayah Persekutuan iaitu WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.

1. Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan.
2. Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran.
3. Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
4. Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
5. Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan.

Posted By Library Assistant

17 January 2012




Warga BTPNKL dan Unit PSP khasnya  ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam alam baharu iaitu alam persaraan kepada Ketua Unit PSP, Puan Mahanum Binti Ismail (Pegawai Teknologi Pendidikan DGA34) yang telah bersara pada 5 Januari 2012. Semoga Allah SWT menganugerahkan beliau kehidupan yang lebih cemerlang dan berbahagia disamping keluarga. Dan tetap terus dapat menyumbangkan sesuatu khidmat yang bermanfaat untuk bangsa, agama dan negara InsyaAllah.


Terima kasih segunung budi,
Jasa kusimpan dilubuk hati,
Tunjuk dan ajar penyuluh hari,
tegur nasihat amat dihargai..







Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.