Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

22 July 2010

Khemah Membaca Dan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Kuala Lumpur 2010

Posted by : Arinawati Mohd. Yassin



29 Calon Tokoh NILAM Negeri 2010

     Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri 2010 anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur telah berlangsung dari 13-17 Julai 2010, di BTPN Negeri Sembilan.
     Seramai 29 orang pelajar sekolah rendah dan menengah yang terpilih telah menunjukkan semangat dan kesungguhan yang tinggi dalam semua aktiviti yang diadakan. Pegawai-pegawai BTPNKL dan para hakim (guru-guru GPM ) berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
     Selepas melalui peringkat ujian dan proses temuduga, seramai 5 orang calon mewakili sekolah rendah dan 5 orang calon menengah telah dipilih untuk peringkat akhir. Pada peringkat ini, mereka dinilai oleh pasukan professional yang terdiri daripada En Kamaruzzaman bin Hj Ayob, PP BTPN NS, En Zainuddin bin Othman, PP BTPN KL dan Pn Fauziah bt Ahmad, PTP BTPN KL
     Akhirnya, para hakim memutuskan bahawa Tokoh NILAM Negeri Kuala Lumpur 2010 dinobatkan kepada Nareen Kaur Sidhu A/P Baktor Sing (SMK ST Mary) mewakili kategori sekolah menengah bandar. Manakala Emily Haw (SJKC Naam Kheung) pula mewakili sekolah rendah bandar.
     Syabas kepada BTPNKL yang berjaya menganjurkan program Khemah Membaca dengan jayanya. Tahniah buat pelajar-pelajar yang mengikuti program tersebut.

     Antara aktiviti yang dijalankan :

05 July 2010

KUTIPAN DATA NILAM SEHINGGA 30 JUN 2010

Posted by: Fauziah Ahmad

Untuk makluman semua GPM dan Penyelaras NILAM, 

Sila ambil peringatan bahawa tarikh akhir penyerahan data adalah pada 9 Julai 2010.
1. "Soft copy" boleh dihantar melalui alamat e-mail fauziah.btpnkl@moe.edu.my .
2. Pastikan cikgu-cikgu tidak mengirim "hard copy" secara faksimili kerana data tidak boleh dibaca.

Kerjasama yang diberikan amat saya hargai dan diucapkan terima kasih.

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.