Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

19 June 2014

Kursus Automasi Library System Senayan Peringkat BTPNWPKL

Pada 9 hingga 11 Jun 2014. Jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Bertempat di Makmal Komputer BTPNWPKl telah diadakan Kursus Automasi Library Senayan. Kursus ini diajurkan  oleh Unit Latihan BTPNWPKL dibawah pengurusan pegawai En Mohd. Zabidi B. Ismail. 

Peserta yang hadir, terdiri daripada pegawai-pegawai PKG Kuala Lumpur berserta dengan Juruteknik Komputer PKGKL. Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran pegawai pegawai dan juruteknik dalam memberi khidmat bantu kepada sekolah sekolah ahli yang memerlukan Sistem Pengurusan Automasi Perpustakaan yang terbuka dan percuma. PKG hanya akan melakukan khidmat bantu mengikut sekolah dibawah PKG masing-masing yang menggunakan Automasi Perpustakaan Senayan ini sahaja. 

Terima kasih diucapkan kepada penceramah kursus En Abdul Hamid B. Abdullah dan terima kasih juga kepada En Zainuddin B. Othman selaku pegawai yang menjalankan tugas KPP BTPNWPKL kerana menyampaikan sijil-sijil penyertaan dan penghargaan.


Laporan diambil dari Portal BTPNWPKL
Posted By Library Assistant

06 June 2014

PEMILIHAN CALON TOKOH NILAM NEGERI TAHUN 2014

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNWPKL) akan melaksanakan Pemilihan Tokoh NILAM bagi peringkat negeri . Oleh itu, Y. Bhg. Datin / Tuan / Puan diminta mencalonkan murid  yang  memenuhi syarat-syarat seperti yang dilampirkan .

Sila lengkapkan borang:

  • Surat Akuan Pencalonan Tokoh NILAM Negeri ( ADA CALON atau TIADA CALON )
  • Sertakan bersama Borang Pencalonan Pemilihan Tokoh Nilam Negeri  (BTPNWPKL/PSP-NILAM 01)
A.   Sekolah Rendah perlu menghantar dua orang murid Tahun 5 kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ( mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan )



B.   Sekolah Menengah perlu menghantar dua orang murid Tingkatan 4 kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ( mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan )
  • Tarikh tutup pencalonan sebelum atau pada 30 Jun 2014
  • Hantar ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNWPKL)   
*Semua sekolah DIWAJIBKAN menghantar SURAT AKUAN PENCALONAN TOKOH NILAM NEGERI ke BTPNWPKL mengikut ketetapan di atas atau sekolah anda akan tersenarai di dalam e-Housekeeping. 

Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.