Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

23 April 2019

Majlis Perasmian Jom Baca Bersama 10 Minit

Tarikh: 23 April 2019 ( SELASA )
Tempat: Panggung Anniversari
Masa: 11: 00 ( bacaan bermula )

Majlis Perasmian Jom Baca Bersama 10 Minit adalah merupakan aktiviti yang dijalankan oleh kolaborasi Perpustakaan Kuala Lumpur, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WPKL dan Uitm Puncak Perdana ( Fakulti Pengurusan Maklumat ) bersempena dengan Dekad Membaca 2019.

Aktiviti ini telah mengumpulkan seramai 608 orang ( murid ) dan 90 orang ( guru ) seluruh Kuala Lumpur di Panggung Anniversari Taman Botani, Kuala Lumpur. Menjadikan jumlah keseluruhan adalah  seramai 698 orang. Aktiviti ini bermula dengan pendaftaran pada pukul 8:00pg dan Sesi Santai Ilmu bersama mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana. Peserta turut berpeluang mendapat sesi aktiviti Ceramah Speedreading oleh Encik Osman Affan dan turut menyerikan program ini dengan persembahan Kalam Sya’bi (Dikir Barat Bahasa Arab) oleh SK Batu Muda


Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini diteruskan dengan persembahan koir ( Membaca Gaya Wawasan ) oleh mahasiswa dan mahasiswi dari UiTM Puncak Alam ( Fakulti Pengurusan Maklumat ). YBhg Datuk Hj. Mustafa b.  Mohd Nor ( Pengarah Eksekutif Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ) hadir mewakili Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan bagi memberi ucapan perasmian dan diserikan dengan gimik perasmian sebagai tanda bermulanya acara Jom Baca Bersama 10 Minit pada pukul 11:00 pagi serentak diseluruh negara.


Pelajar dan guru yang telah selesai sesi pendaftaran

Jom Baca Bersama 10 Minit oleh pelajar, guru dan urus setia program



Posted By Library Assistant

09 April 2019

Pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan 2019

Tempat: BTPN Selangor / PWTC
Tarikh: 2-5 April 2019

Pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan 2019 yang berlangsung selama empat hari telah melabuhkan tirainya pada 5 April 2019. Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ). Lebih membanggakan pada pertandingan tahun ini, wakil tokoh NILAM WPKL telah mendapat tempat kedua bagi kategori Bahasa Inggeris ( Sekolah Rendah ). Sekalung tahniah kami ucapkan kepada adik Amanda Khan bt Nazim Khan ( SK Bukit Damansara ) di atas kemenangan ini kerana telah melakarkan nama negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diperingkat kebangsaan kali ini.


Gambar oleh: En. Khairul Nizam Hj Hamidun

Gambar oleh Pn Rosilawati Maabar: Empat orang wakil Tokoh NILAM WPKL
Amanda Khan Nazim Khan ( SK: BI ) , Laura Gayatri Muniandy ( SM: BI ) , Siti Fatimatuzzahro Saiful Bahari ( SK: BM ) & Muhamad Aqil Aiman Putra Zainul Putra ( SM: BM ).

Gambar oleh Pn Rosilawati Maabar: Wakil Tokoh NILAM WPKL, Jurulatih Utama WPKL & Pegawai UPSP BTPN WPKL  bergambar bersama Pengarah BSTP ( Hj Zaidi b. Yazid )

Report & Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.