Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

02 December 2011

Lawatan Berinformasi PKG Daerah Dungun ke ProfPen BTPNKL


Selamat datang diucapkan kepada rombongan Lawatan Berinformasi daripada PKG Daerah Dungun ke BTPN Kuala Lumpur  dan PKG Sentul.  Lawatan seramai 20 orang  adalah  terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan  PKG Pulau Serai dan PKG Paka,  MGB Dungun, guru-guru besar, GPM dan Juruteknik.   Lawatan bermula pada 30 November 2011 di PKG Sentul jam 3.00 petang untuk mendapat beberapa informasi di PKG Sentul . Pada 1 Disember 2011, bermula 8.30 pagi, rombongan ini telah melawat ke BTPNKL. Unit Pengurusan Sumber Pendidikan menjadi tumpuan lawatan. Ucapan alu-aluan dan taklimat diberikan oleh Pn. Arinawati bt. Mohd. Yassin.  Rombongan ini tertarik dengan bahan tesis dan kajian serta Bilik Kecemerlangan Insan Istemewa (Bahan-bahan Pendidikan Khas) yang terdapat di ProfPen, BTPNKL. Salah satu aktiviti yang telah dilaksanakan oleh UPSP  menarik perhatian ahli rombongan ialah Aktiviti Jejak Maklumat dan Bengkel Boneka. Pn. Arinawati Binti Mohd Yassin juga menerangkan secara ringkas bagaimana aktiviti Jejak Maklumat dan bengkel Boneka dijalankan. Setelah minum pagi,  lawatan diteruskan ke ruang pejabat, makmal komputer dan bilik studio. Pihak rombongan berpuas hati dengan layanan yang diberikan dan mengucapkan terima kasih kepada pihak BTPNKL. Setelah bertukar cenderahati, rombongan meneruskan lawatan ke Perpustakaan Negara.

Laporan: Arinawati Mohd Yassin.
Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.