Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

23 March 2012

PEMANTAPAN CALON TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2012

TEMPAT: ProfPen BTPNKL
TARIKH: 22 – 23 MAC 2012 (2 HARI)
MASA: 8:30pg – 4:30ptg



BIL
NAMA CALON TOKOH NILAM

SEKOLAH
1
CECILIA TAN XIYIE

SK PUTERI PANDAN 2
2
REGINA TAN JIA XIN

SMK AMINUDDIN BAKI


BIL
NAMA JURULATIH NILAM

SEKOLAH
1
NIK MUSALINA NIK MUSTAPHA

SMK DANAU KOTA
2
ASIAH HASSAN

SMK SETAPAK INDAH
3
ZAILIZAH MOHD RAHZALI

SMK PADANG TEMBAK
4
NURUL AIDAH @ KHASITTATON DERAMAN

SK WANGSA MALAWATI
5
MAHANUM ISMAIL

JURULATIH JEMPUTAN









Posted By Library Assistant

22 March 2012

Bengkel Khidmat Bantu PSS Asrama 1Malaysia



Tempat: Pusat Sumber Asrama 1Malaysia
Tarikh: 21 Mac 2012
Masa: 3:30ptg – 8:30mlm







Unit PSP BTPNKL pernah menjalankan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber buat kali pertama pada 1 Mac 2012 di Pusat Sumber Asrama 1Malaysia Tingkat 3, Blok B dengan memberi khidmat nasihat dan konsep susun atur pusat sumber asrama kepada kakitangan Asrama 1Malaysia.

Walau bagaimanapun, pada 21 Mac 2012 (Rabu) wakil UPSP sekali lagi turun padang ke Asrama 1Malaysia bagi tujuan bengkel mengkatalog buku dan susun atur pusat sumber. Di wakili oleh Pn Arinawati Mohd Yassin dan Cik Ismawati Ishak bersama-sama 12 orang pelajar Asrama 1Malaysia bergabung tenaga mengkatalog buku-buku sumbangan yang diperolehi.

Dua belas orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 dibahagikan kepada 4 kumpulan bagi mempercepatkan proses pengurusan dan penyusunan buku bacaan. Kumpulan dibahagikan kepada 3 orang pelajar bagi setiap kumpulan seperti berikut:

Kumpulan 1: Urusan pemerosesan teknikal bahan buku
Kumpulan 2: Mengisi data bibliografi pada slip katalog
Kumpulan 3: Menampal poket, kad pinjaman dan pelekat nombor panggilan 
Kumpulan 4: Penyusunan bahan (shelf-reading)

Khidmat bantu pusat sumber hanya dijalankan selama satu hari sahaja di Asrama 1Malaysia. Unit PSP telah mengambil inisiatif dengan melantik salah seorang pelajar sebagai Ketua Selia (Mohd Ashraf Aqil) bagi menyelia ketua-ketua bagi setiap kumpulan supaya usaha untuk menyelaras buku-buku pusat sumber Asrama 1Malaysia berterusan.

KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR KHIDMAT BANTU PSS ASRAMA 1MALAYSIA

Written/Edit Picture By Library Assistant

21 March 2012

KHIDMAT BANTU DI SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING



Tempat: Bilik Bacaan Sektor Psikologi & Kaunseling JPWP 

Tarikh: 20 Mac 2012                             Masa: 8:00pg – 4:30ptg


Khidmat bantu mengkatalog bahan bacaan ini telah dilatih oleh Cik Ismawati Binti Ishak (Pembantu Perpustakaan BTPNKL) kepada dua orang kakitangan di sektor ini. Mereka adalah Puan Nasniza Binti Razak (N17) dan Puan Mas Zuriani Binti Zainal Abidin (N17). Untuk makluman bersama, latihan ini adalah merupakan latihan kali yang kedua dibuat. Latihan pertama iaitu proses mengkatalog butiran bibliografi bahan telah siap dilakukan pada penghujung tahun 2011. Sebanyak lebih kurang 300 buah buku yang berkaitan dengan tajuk perkara kaunseling terdapat di ruang bacaan sektor. Oleh itu, khidmat bantu kali ini tertumpu pada proses latihan yang kedua dan ketiga pula. Berikut adalah jadual kedua-dua sesi:

LATIHAN TELAH DIPECAHKAN KEPADA 2 SESI:


Sesi pagi (8:00pg – 1:00ptg) : 
Merekod data bibliografi ke dalam sistem automasi SENAYAN (SLiMS)

Sesi petang (2:00ptg – 4:30ptg): 
Proses buku & susun atur buku


Sepanjang khidmat bantu dan latihan dijalankan kepada kakitangan sektor, telah di sempurnakan dengan baik dan mengikut prosedur pengurusan bahan bacaan yang diberikan. Semoga usaha menyelaras dan melaksanakan proses bahan bacaan di Sektor Psikologi & Kaunseling berterusan tanpa menggangu tugas hakiki kakitangan. Tahniah atas komitmen penuh yang diberikan oleh kakitangan sektor sepanjang program dijalankan.


Written By Library Assistant

13 March 2012

Perkhidmatan Perpustakaan Internet Bergerak 2012







MESYUARAT
Jadual waktu perkhidmatan Perpustakaan Internet Bergerak ke sekolah-sekolah yang terpilih sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012

TARIKH: 9 MAC 2012 (JUMAAT) 

MASA: 3:00 PTG

TEMPAT:         
Bilik Gerakan,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur (BTPNKL)

Satu mesyuarat telah diadakan bersama dua orang Pegawai Perpustakaan Kuala Lumpur iaitu Encik Muhamad Hasbullah b. Mohamad Nonudin dan Encik Khairul Azwari b. Ahmat Yatim bagi membincangkan jadual waktu perkhidmatan Perpustakaan Internet Bergerak ke sekolah-sekolah yang terpilih disekitar Kuala Lumpur. Antara perkara lain yang turut dibincangkan bersama adalah  maklumbalas pihak sekolah mengenai mutu perkhidmatan Perpustakaan Internet Bergerak bagi memberi penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang disediakan.

Berikut adalah senarai nama Sekolah Menengah yang menerima perkhidmatan Perpustakaan Internet Bergerak:



Berikut adalah senarai nama Sekolah Rendah yang menerima perkhidmatan Perpustakaan Internet Bergerak:





Writen By Library Assistant

02 March 2012

Lawatan kerja Penolong Pengarah BTPN Sabah ke ProfPen



ProfPen telah dikunjungi oleh En. Ahamad Bin Jais, Penolong Pengarah BTPN Sabah pada 2 Mac 2012.   Beliau mengambil kesempatan dari lawatan ini untuk mengadakan satu sesi perbincangan dan pertukaran idea bersama Pn. Rosilawati bt. Maabar dari Unit PSP BTPNKL mengenai  pendokumentasian Majlis Perasmian PKG Sentul yang telah diadakan pada 10 Jun 2011 .

Menurut beliau, pendokumentasian Majlis Perasmian PKG Sentul ini akan dijadikan  sebagai garis panduan didalam membentuk rangka kerja Majlis Perasmian PKG Tamparuli yang akan diadakan pada bulan Ogos 2012 nanti.

Perbincangan selanjutnya diadakan bersama En. Mohd Sanusi Saseetharan b. Abdullah, Ketua Penolong Pengarah BTPNKL dan juga En. Rossaidi b. Ngah , Penolong Pengarah BTPNKL.


Laporan By Rosilawati Maabar
Posted & Edit Picture By Library Assistant

Khidmat Bantu dan Sumbangan Buku ke Asrama 1Malaysia



Asrama 1Malaysia merupakan projek perintis menghimpunkan pelajar dari pelbagai kaum di bawah satu bumbung. Asrama ini telah berpindah ke lokasi baru mulai 7 Mei 2012 dan akan dirasmikan pada 30 Mac 2012. Asrama ini telah dilengkapi dengan kemudahan Pusat Sumber yang mana bahan-bahan rujukan dan buku-buku masih belum dibekalkan.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan matlamat  untuk melahirkan lebih banyak Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang, berkesan dan berfungsi, BTPNKL telah memberikan sumbangan buku sebanyak 250 buah buku bacaan kepada Pusat Sumber Asrama 1Malaysia.

Unit PSP yang diwakili oleh Puan Arinawati Mohd Yassin dan Cik Ismawati Ishak telah melaksanakan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber pada 1 Mac 2012 bersamaan hari Khamis di Pusat Sumber Asrama 1Malaysia Tingkat 3, blok B. Unit PSP telah memberi khidmat bantu pusat sumber yang diperlukan seperti khidmat nasihat berkaitan susun atur pusat sumber dan proses teknik buku-buku yang disumbangkan kepada 3 orang kakitangan Asrama 1Malaysia iaitu Encik Norsham Bin Mohd Yusoff (Pengurus Asrama), Puan Rosliza binti Saad (DG41) dan Encik Zulkifli Yusof (Penyelia Asrama).

Semoga khidmat bantu ini dapat membantu dan memberi bimbingan serta panduan pengurusan dan pemprosesan bahan sumber serta pengendalian PSS yang lebih berkesan. 



Laporan: Pn Arinawati & Library Assistant
Posted By Library Assistant

01 March 2012

Pemantauan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2012


Pemantauan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang telah dijalankan oleh Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai bulan Februari 2012 sehingga Mac 2012.

Pemantauan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memilih dua buah sekolah yang akan bertanding ke peringkat Kebangsaan dan juga di peringkat negeri. Pencalonan sekolah telah dibuat oleh enam buah PKG dan juga BTPNKL.  Pemantauan dan penilaian dilaksanakan dengan menggunakan borang Instrumen Pemantauan Pusat Sumber Cemerlang yang telah dikeluarkan oleh BTPNKL.

Antara kriteria yang dipantau untuk membolehkan sekolah tersebut mewakili negeri dan kebangsaan adalah:

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.