Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

28 March 2019

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia 1/2019

Tarikh pinjaman: 27 Mac 2019
Tarikh pemulangan: 25 Jun 2019
Tempoh pinjaman: 3 bulan
Maksimum pinjaman bahan: 300 naskah
Pinjaman sebanyak: 144 naskah

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok kembali lagi buat kali pertama bagi tahun 2019. Perkhidmatan pinjaman  ini dibuat 2 kali setahun oleh Unit PSP, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Perpustakaan Negara Malaysia.

Pada tahun ini ProfPen telah membuat pinjaman sebanyak 144 naskah buku ( pelbagai genre ) daripada 300 naskah buku maksimum untuk dipinjam selama 3 bulan. Pinjaman dan bacaan terbuka kepada semua kakitangan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mahu mendapatkan koleksi-koleksi bacaan kesukaan sebagai bahan bacaan atau rujukan.

Posted By Library Assistant

11 March 2019

Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM Sr2/2019

Tarikh: 11 hingga 14 April 2019 ( Isnin - Khamis )
Masa: 8:00 pagi hingga 5:00 petang.
Kehadiran: 21 orang
1. Tokoh WPKL: 4
2. Tokoh Putrajaya: 4
3. Jurulatih Utama WPKL: 8 
4. Jurulatih Utama W.P Putrajaya: 5 

Pemantapan siri 2 diadakan pada 11 hingga 14 Mac 2019 selama empat hari. Sesi 2 pada kali ini menggabungkan Tokoh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Tokoh NILAM Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk memberi pendedahan mengenai format baru pertandingan Tokoh NILAM pada tahun 2019. Selain itu Tokoh NILAM dua Wilayah ini akan bersama-sama menjalani latihan dan pemantapan selama dua hari bersama-sama dengan Jurulatih Utama daripada kedua dua Wilayah.


Seramai 8 orang Tokoh NILAM dan 13 orang jurulatih ( 8 orang daripada WPKL dan 5 orang daripada WP Putrajaya ) menyertai bengkel pemantapan pada kali ini. Taklimat ringkas turut diberikan oleh En Mustapa Alba b.Umar ( Penolong Pengarah Pembestarian ) dan pn Arinawati Moyd Yassin ( Ketua Unit PSP ) di Bilik Cempaka 1. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan ringkas dan persediaan mental, fizikal dan dokumen serta fail Tokoh NILAM sebelum pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor pada 2 hingga 5 April 2019 ( empat hari ). En Zainuddin Hj Othman ( Ketua Penolong Pengarah BT{PN WPKL ) turut hadir bagi memberikan kata kata semangat kepada tokoh tokoh NILAM yang akan bertanding bagi Wilayah masing masing.


Tokoh NILAM WPKL:
  • 1.       Siti Fatimatuzzahro Saiful Bahari                                  SK Convent Sentul 1
  • 2.       Amanda Khan Nazim Khan                                           SK Bukit Damansara
  • 3.       Laura Gayathri Muniandy                                              SMK Aminuddin Baki
  • 4.       Muhamad Aqil Aiman Putra Zainul Putra                     SMK Aminuddin Baki
Tokoh NILAM WP Putrajaya:
  • 1.       Muhammad Adib Syahmi Bin M. Bahari                      Sekolah Sultan Alam Shah
  • 2.       Nur Aisyah Binti Abd. Rashid                                       SMK  Agama Putrajaya
  • 3.       Genevieve Elizabeth Anak Grippin                               SK Putrajaya Presint 11 (1)
  • 4.       Darwisy Iskandar Bin Rony Azli                                   SK Putrajaya Presint 8 (2)


Jurulatih Utama WPKL:

  1. Cik Noraini bt Jamaluddin ( SMK Cheras )
  1. Pn. Nurul Aidah @ Khasittaton bt. Deraman  ( SK Wangsa Melawati ) 
  1. Pn. Haliza bt Mohd Dawam ( SK Intan Baiduri )
  1. Pn. Nik Musalina bt. Nik Mustapha ( SMK Danau Kota )
  1. Pn Zailizah bt Mohd Rahzali ( SMK Keramat Wangsa )
  1. Pn. Furziah bt.Affandi ( SMK Puteri Ampang )

Jurulatih Utama WP Putrajaya:

1.    Nur Maizatul Khair Binti Moktar ( SK Putrajaya Presint 11 (2) )

2.    Bani Zanuril Anis Binti Ahmad Shukri ( SK Putrajaya Presint 11(1) )

3.    Nora Loubna Mohamed ( SK Putrajaya Presint 8(2) )

4.    Kamila Bt Musa ( SMK Putrajaya Presint 8(1) )

5.    Noor Hamizah Binti Mohamed ( Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya )







Laporan; Rosilawati Maabar / Ismawati Ishak
Gambar: En Khairul NIzam Hj Hamidun
Posted By Library Assistant

01 March 2019

Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM WPKL Sr.1/2019

Tarikh: 26-28/02/2019 ( 3 hari )
Masa: 8:00pg - 4:30ptg
Tempat: ProfPen BTPN WPKL


Wakil Tokoh NILAM WPKL 2019:

1. Kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah 
  •  Muhamad Aqil Aiman Putra Zainul Putra ( SMK Aminuddin Baki )

2. Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah
  • Laura Gayathri Muniandy ( SMK Aminuddin Baki )

3. Kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah
  • Siti Fatimatuzzahro Saiful Bahari ( SK Convent Sentul )

4. Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
  • Amanda Khan Nazim Khan ( Sk Bukit Damansara )

UPSP BTPN WPKL masih menggunakan 8 orang Jurulatih Utama yang sama bagi tahun ini. Pada sesi pertama tokoh menjalani latihan Penilaian Individu  / Forum.




Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.