Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

29 May 2017

Majlis Penyerahan dan Penerimaan Peralatan ICT dan Pusat Sumber Bagi Sekolah-Sekolah Berkongsi Kemudahan

Tarikh: 29 Mei 2017 (Isnin)
Tempat: SK Jalan Pasar 1
Masa: 10:00 pagi


Majlis yang telah dipengerusikan oleh Encik Rosman bin Mat Noor (Guru Besar SK Jalan Pasar 1) telah dihadiri oleh Encik Mustapa Alba bin Umar (Penolong Pengarah BTPN WPKL), Encik Abd. Halim bin Abu Samah (KU UBEST), Encik Rusli bin Kemat (KU UMIP) dan Encik Khairul Nizam bin Haji Hamidun (Wakil KU UPSP) serta beberapa orang pegawai dari JPWPKL dan para Guru Besar serta para GPM sekolah-sekolah yang terlibat.


Agenda majlis adalah proses menandatangani dokumen penyerahan dan penerimaan peralatan ICT dan buku-buku dari SK Jalan Pasar 2, SK (L) Jalan Pasar 2, SK (L) Jalan Pasar 1 kepada SK Jalan Pasar 1 dan SK Dato Abu Bakar.

Laporan: KHAIRUL NIZAM BIN HAJI HAMIDUN
Posted By Library Assistant

24 May 2017

Khidmat Bantu PSS Cemerlang Ke Peringkat Kebangsaan 2017

Tarikh: 24 Mei 2017 ( Rabu )
Tempat: SJKC Choong Wen
Masa: 8:30 pg

Seramai tiga orang Pegawai Unit PSP yang diketuai oleh Pn Arinawati Mohd Yassin dan turut serta En S'aleh Osman pegawai dari Pusat Kegiatan Guru Bangsar telah hadir ke SJKC Choong Wen bagi tujuan Pemantauan PSS Cemerlang. Kehadiran pegawai dari Unit PSP dan PKG Bangsar telah disambut oleh En Wong Shee Fatt ( Guru Besar SJKC Choong Wen ) danPn Tan Shin Yee ( GPM SJKC Choong Wen ). 

Gambar/Laporan: Khairul Nizam Hj Hamidun.
Posted By Library Assistant

16 May 2017

Selamat Hari Guru. "Guru Pembina Negara Bangsa"


Posted By Library Assistant

Khidmat Bantu PSS Cemerlang WPKL Ke Peringkat Kebangsaan 2017

Tarikh: 15/5/2017 ( Isnin )
Masa: 8:00pg - 5:00ptg
Tempat: SMK Setiawangsa

SMK Setiawangsa merupakan satu wakil daripda dua Pusat Sumber Sekolah Cemerlang yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2017. Unit PSP yang diwakili oleh Pn Arinawati Mohd Yassin, Pn Rosilawati Maabar dan En Khairul Nizam Hj Hamidun telah turun ke sekolah tersebut bagi tujuan sesi khidmat bantu untuk persediaan pihak sekolah sebelum pertandingan. 



Rakaman media bersama Pengetua SMK Setiawangsa

Posted By Library Assistant

02 May 2017

Pertandingan NILAM Peringkat Kebangsaan 2017: Kamali Kannan wakil WPKL JOHAN bagi kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah

Tarikh: 25 April - 1 Mei 2017
Tempat: BTPN Selangor / PWTC ( Penyampaian Hadiah )

Tahniah kami ucapkan kepada wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Pertandingan Tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan iaitu Kamali Kannan ( SM Sains Seri Puteri ) kerana telah meraih tempat pertama bagi kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah.

Peningkatan kualiti dan saingan tinggi yang ditunjukkan oleh keempat-empat wakil negeri WPKL 
turut dirasai oleh wakil-wakil Tokoh NILAM bagi negeri-negeri lain. Namun rezeki tidak berpihak kepada tiga orang lagi Tokoh NILAM WPKL  menyebabkan mereka tidak meraih sebarang tempat di dalam pertandingan. Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada mereka tetapi usaha dan semangat yang mereka pamerkan  sepanjang program pemantapan dijalankan sehingga kehari terakhir pertandingan NILAM Kebangsaan 2017 patut dibanggakan. Tahniah & terima kasih diucapkan kepada Nur Syafiqah binti Aminudin: Kategori Bahasa Melayu ( SM Sains Seri Puteri), Aisyah Najihah binti Kamarulzaman:Kategori Bahasa Melayu ( SK Bellamy ) dan Ashley Kim Hooi Meixin Li-Kheng: Kategori Bahasa Inggeris ( SJKC Kuen Cheng 2 )  kerana anda semua tetap yang terbaik dikalangan yang terbaik untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.




                                          
Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.