Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

17 May 2012

Pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan dan Penyemarakkan Amalan Nilai-nilai Murni


Tarikh: 15 Mei  2012
Masa: 2:00ptg – 5.00ptg
Tempat: Perpustakaan Negara Malaysia

Tun Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Ikon Membaca Kebangsaan semasa majlis pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan dan Penyemarakkan Nilai-Nilai Murni yang disempurnakan oleh Tan Sri Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 15 Mei 2012.

Bengkel i-NILAM & i-QPSS



Tarikh: 16 Mei  2012
Masa: 8.30pagi – 4:30ptg
Tempat: Bilik Cempaka 2, BTPNKL

Bengkel i-NILAM dan I-QPSS untuk Guru Perpustakaan Media sekolah-sekolah Putrajaya anjuran Unit PSP BTPNKL telah diadakan di Bilik Cempaka 2, BTPNKL pada 16 Mei 2012. Bengkel sehari ini  bertujuan untuk memberi latihan dan

16 May 2012

Unit PSP Mengucapkan Selamat Hari Guru


Posted By Library Assistant

08 May 2012

Bengkel i-NILAM


Tarikh: 7 Mei  2012
Masa: 2:00pg – 4:30ptg
Tempat: Bilik Makmal Komputer, BTPNKL

Unit PSP telah mengadakan Bengkel i-NILAM khas untuk pegawai di BTPN, PKG dan juga Juru latih Utama bagi setiap PKG pada 7 Mei 2012 bertempat di Makmal Komputer , BTPNKL. Bengkel yang bermula pada jam 2.00 petang ini  bertujuan untuk memberi latihan sepenuhnya kepada pegawai di BTPN, PKG dan juga juru latih utama yang telah dilantik untuk mengendalikan program i-NILAM di kawasan masing-masing. Turut hadir ialah En. Mohd Sanusi Saseetharan b. Abdullah selaku Ketua Penolong Pengarah BTPNKL seterusnya merasmikan bengkel tersebut.
Penceramah terdiri daripada Pn. Siti Sarinah bt.  Sibun dan En. Mohd Rosni b. Ahmad dari Bios One Sdn. Bhd.  Pelbagai soalan dan masalah yang telah dilalui oleh Pegawai di BTPNKL, PKG dan juga Juru latih Utama semasa proses menguruskan data NILAM menggunakan Sistem Tarantula ini telah dapat dirungkai semasa sesi bengkel ini diadakan. Selain itu juga dengan menggunakan Sistem Trantula i-NILAM ini tugas guru dapat dipermudahkan dan Sijil Pengiktirafan dan Sijil Penghargaan juga boleh dijana dan dicetak sendiri oleh pihak sekolah.  Data NILAM juga tidak perlu dikutip 2 kali setahun oleh PKG dan BTPN seperti tahun-tahun sebelumnya .

( Bagi format Powerpoint Tatacara iNILAM (73 slide), anda boleh dapatkan ia dengan klik ke MUAT TURUN dan pilih Format Powerpoint Tatacara i-NILAM 2012 dan klik Download. Untuk memuat turun dokumen Powerpoint ini anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun di Slideshare.net Harap maklum )

Writen By Rosilawati Maabar
Video/Dokumen Powerpoint/Edit picture/Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.