Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

08 July 2019

Bengkel Proses Saringan Tokoh NILAM WPKL ( SM & SK )

Tempat:
ProfPen & Cempaka 1

Tarikh:
3/7/2019 ( Sekolah Menengah )

Seramai 20 orang calon sekolah menengah telah dipilih untuk menghadiri temuduga Proses Saringan WPKL 2019 dan hanya 19 orang calon yang hadir, manakala seorang calon telah menarik diri kerana terlibat dengan aktiviti lain. Calon-calon ini ditemuduga di dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu mengikut format pertandingan yang baharu. Seramai 9 orang calon yang layak akan dibawa keperingkat seterusnya iaitu Khemah Membaca 2019. Surat akan dikeluarkan dan diedarkan ke sekolah bagi mengumumkan nama calon yang layak ke Khemah Membaca 2019.


Tarikh:
4/7/2019 ( Sekolah Rendah )

Seramai 20 orang calon sekolah rendah juga telah dipilih untuk menghadiri temuduga Proses Saringan WPKL 2019 dan hanya 17 orang calon yang hadir, manakala baki 3 orang calon telah menarik diri kerana terlibat dengan aktiviti lain. Calon-calon ini ditemuduga di dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu mengikut format pertandingan yang baharu. Seramai 9 orang calon yang layak akan dibawa keperingkat seterusnya iaitu Khemah Membaca 2019. Surat akan dikeluarkan dan diedarkan ke sekolah bagi mengumumkan nama calon yang layak ke Khemah Membaca 2019.



Masa:
8:00am - 8:30am ( Pendaftaran )
8:30am - 9:00am ( Kata alu-aluan KPP BTPN WPKL )
9:00am - 9:15am: ( Taklimat ) / 9:00am - 9:30am ( Sarapan Pagi )
9:30am - 3:00pm ( Sesi Temuduga )




Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.