Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

17 July 2013

Salam Perpisahan Ketua Unit PSP

 

Warga BTPNWPKL dan Unit PSP khasnya  ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Imran Bin Lamin @ Ramlan ( Pegawai Teknologi Pendidikan DGA34 ) yang telah  bertukar secara rasminya  Ke Unit Sains, Jabatan Pelajaran Melaka mulai pada 16hb Julai 2013. Terima kasih kami ucapkan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua di Unit PSP, BTPNWPKL khasnya bermula pada 16 Ogos 2012 sehingga 15 Julai 2013 dan tahniah di atas penempatan baru, semoga dapat berkhidmat dengan penuh cemerlang.





 Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.