Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

28 March 2011

PUSAT AKSES SEKOLAH


Pengenalan Pusat Akses Sekolah


Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.
Pusat Akses mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran kendiri (self learning).
Pembelajaran di Pusat Akses boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
Pusat Akses memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan kearah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.

 

Matlamat Dan Objektif

04 March 2011

KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM


Y. Bhg. Datin / Tuan / Puan,


KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM 


Perkara di atas adalah dirujuk.


2.    Seperti yang Y. Bhg. Datin / tuan / puan sedia maklum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah 
melaksanakan program galakan membaca di sekolah melalui program Nadi Ilmu Amalan 
Membaca (NILAM) mulai tahun 1999.




3.   Sehubungan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang
 membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan
 pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM yang mula dilaksanakan pada
 tahun 2010.




4.    Kerjasama pegawai di peringkat BPN dan PKG yang terlibat dalam pengurusan program 
NILAM adalah dipohon untuk melengkapkan Soal Selidik 1 melalui link berikut

BTPN / PKG (Sila klik di sini)

5.   Kerjasama pegawai di peringkat BTPN dan PKG juga dipohon untuk memanjangkan emel ini kepada Guru Perpustakaan dan Media untuk melengkapkan Soal Selidik 2 melalui link berikut:

   Sekolah (Sila klik di sini)

6.   Maklum balas daripada Y. Bhg. Datin / tuan / puan amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program bacaan ini. Tarikh akhir bagi melengkapkan Soal Selidik tersebut adalah pada 18 Mac 2011 (Jumaat).

7.   Kerjasama dan sokongan Y. Bhg. Datin / tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

FADZLIATON ZAINUDIN
Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.