Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

26 April 2016

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) Peringkat WPKL 2016

Tarikh: 25 April 2016 ( Isnin )
Tempat: Perpustakaan Kuala Lumpur
Masa: 8:30 - 13:00

Tahun ini Unit PSP masih meneruskan kerjasama bersama-sama dengan Perpustakaan Kuala Lumpur untuk menjayakan aktiviti Majlis Pelancaran KM1M bagi peringkat WPKL. Majlis telah dirasmikan oleh Datin Seri Hajah Rohmah Binti Latiff  yang merupakan isteri Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Beberapa pengisian aktiviti di dalam majlis kali ini turut diselitkan, antaranya adalah Jom Membaca Selama 10 Minit dan Persembahan daripada Wakil Tokoh NILAM Kebangsaan 2016.  Majlis turut menjemput Encik Osman Affan untuk aktiviti Ceramah Speed reading.

Majlis penutup disudahi dengan penyampaian sijil penyertaan oleh Datin Seri Hajjah Rohmah Binti Latiff.





Gambar: Perpustakaan Kuala Lumpur
Posted By Library Assistant

20 April 2016

Pemantapan Tokoh NILAM Sr. 3/2016

Tarikh: 21-22 April 2016 ( Rabu & Khamis )
Masa: 8:30pg – 4:30ptg
Tempat: Cempaka 1, BTPNWPKL

Pemantapan Tokoh NILAM 2016 bagi siri ketiga telah diadakan  di Bilik Cempaka 1, BTPNWPKL. Unit PSP masih menggunakan khidmat dari Jurulatih NILAM yang sama seperti pada sesi pertama 2016. Latihan ini adalah sesi latihan yang terakhir sebelum keempat-empat calon Tokoh NILAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini menyertai pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan 2016 yang bakal diadakan di BTPN Selangor pada 25 April - 1 Mei 2016. Kepada wakil Kuala Lumpur, selamat berjuang dan semoga beroleh kemenangan.




Posted By Library Assistant

08 April 2016

Pemantapan Tokoh NILAM Sr. 2/2016

Tarikh: 5-7 April 2016
Masa: 8:30pg – 4:30ptg
Tempat: Cempaka, BTPNWPKL

Pemantapan Tokoh NILAM 2016 bagi sesi kedua telah diadakan  di bilik Cempaka 1, BTPNWPKL. Aktiviti ini akan dibuat sehingga siri ketiga bagi tujuan memurnikan dan memantapkan lagi  kemahiran yang perlu ada pada calon-calon Tokoh NILAM 2016 sebelum pertandingan sebenar. 
Suatu kelainan telah dibuat, dimana Pemantapan Tokoh NILAM bagi siri kedua kali ini telah menjemput dua orang mantan Tokoh NILAM BTPNWPKL tahun lepas iaitu bagi kategori bahasa inggeris, Cik Nur Fatihah Binti Mohammad Nor yang merupakan bekas pelajar dari SM Sains Seri Puteri dan kategori bahasa melayu iaitu En. Muhammad Hakim Bin Hasbullah, bekas pelajar SMK Segambaut Jaya. Mereka dijemput bagi berkongsi pengalaman dan tips menghadapi juri, hakim dan pesaing semasa Pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan. Sesi soal jawab daripada calon Tokoh NILAM 2016 juga berlaku selepas forum bersama-sama mantan Tokoh NILAM 2015 selesai. Pelbagai soalan diajukan dan jawapan diberi dengan baik.

Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.