Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

28 March 2016

Pelancaran Pembugaran NILAM & Minggu Bahasa 2016 SMA Putrajaya

Tarikh: 28 Mac 2016 ( Isnin )
Tempat: SMA Putrajaya


Pelancaran Pembugaran NILAM & Minggu Bahasa 2016, perasmian telah di buat oleh En Zainuddin b. Hj Othman, Ketua Penolong Pengarah BTPN WPKL.



Posted By Library Assistant

24 March 2016

Taklimat Guru Pendidikan Media ( GPM ) Keramat

Tarikh: 24 Mac 2016 ( Khamis )
Tempat: Pusat Kegiatan Guru Keramat
Masa: 8:30 pg - 12:30 tghr


Pembentangan takwim PSP bagi tahun 2016 serta slide terkini NILAM & SSQS oleh Pn Arinawati Mohd Yassin. Seramai 50 daripada 55 orang Guru Perpustakaan Media di bawah Pusat Kegiatan Guru Keramat yang hadir untuk taklimat kali ini. 
Gambar daripada Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Keramat iaitu Pn Nur Huzaifah binti Jaafar: Taklimat oleh Pn Arinawati Mohd Yassin ( Ketua Unit PSP ).

Posted By Library Assistant

04 March 2016

Taklimat Pengisian Data NILAM & SSQS 2016

Tarikh: 4/3/2016
Masa: 3:00 ptg - 4:30 ptg
Tempat: Bilik Mesyuarat

Unit PSP telah bekerjasama dengan Encik Mohamad Asif Mushadat bin Abdul Saha ( Pegawai Teknologi Pendidikan, UBest BTPNWPKL ) untuk mewujudkan 1 template data menggunakan aplikasi GOOGLE DRIVE bagi pengisian data NILAM & SSQS 2016 untuk digunapakai oleh pihak sekolah WPKL, PKG KL dan UPSP BTPNKL. Sebagai langkah permulaan, sesi penerangan penggunaan data ini bermula dengan taklimat kepada semua pegawai PKG WPKL terlebih dahulu.  



Posted By Library Assistant

03 March 2016

Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM Sr. 1

Tarikh: 1-2/3/2016
Masa: 8:30 pg - 4:30ptg
Tempat: Cempaka 2

Pemantapan Tokoh NILAM 2016 Sr 1 telah diadakan di Bilik Cempaka 2, BTPNWPKL. Unit PSP masih menggunakan khidmat Jurulatih NILAM WPKL tahun lepas untuk tahun ini. Aktiviti latihan selama dua hari dilakukan bagi memantap dan memurnikan lagi kemahiran wakil NILAM W.P Kuala Lumpur bagi setiap kategori untuk ke pertandingan peringkat kebangasaan pada bulan April nanti. Latihan dan kemahiran seperti penulisan, pengucapan awam dan forum telah diajar dan diasah kepada wakil NILAM WPKL sepanjang dua hari latihan. WP Kuala Lumpur telah diwakili oleh 4 orang pelajar ini untuk ke Pertandingan NILAM Kebangsaan:

KATEGORI BAH. MELAYU
NURUL NAJLA BATRISYA BT MOHD FAISAL (SK TMN MELATI)
NUR SAKINAH BINTI MOHAMAD ISA (SM SAINS SERI PUTERI)

KATEGORI BAH. INGGERIS
NATALIE CHAN JIA YIING (SJKC KUAN CHENG 2)
NABEEL B. KAMARUL BAHREN (SMK AMINUDDIN BAKI)



Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.