Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

26 July 2016

Kursus PSS 2016

Tarikh: 25-29 Julai 2016 ( Isnin - Jumaat )
Tempat: PKG Sentul, KL
Masa: 8:00 pg - 4:30 pg

Seramai 75 orang guru dan 10 orang pegawai BTPN WPKL terlibat mengikuti Kursus Asas PSS 2016 selama lima hari. Kursus kali ini turut membabitkan guru-guru di bawah sekolah Putrajaya selain daripada guru-guru di bawah sekolah PKG WPKL. Kursus ini diadakan di PKG Sentul yang boleh menampung kapasiti jumlah kehadiran guru yang terlibat. Pembentangan telah dibuat secara bergilir oelh para pegawai mengikut jadual dan tajuk yang telah diberikan oleh Pn Arinawati Mohd Yassin ( Ketua Unit PSP ). 

Kehadiran Peserta Mengikut Sekolah PKG ( Gambar oleh Encik Salleh PKG Bangsar )

Kehadiran Peserta Kursus Mengikut Sekolah PKG ( Gambar oleh En Nazri PKG Pudu )

Taklimat daripada Pn Rosilawati ( Gambar daripada En Hamid PKG Keramat )


Posted By Library Assistant

Mesyuarat Pra Kursus Asas PSS 2016

Tempat: ProfPen BTPN WPKL
Tarikh: 22 Julai 2016 ( Jumaat )
Masa: 3:00 ptg
Pengerusi: Encik Mustapa Alba b. Umar ( Pen. Pengarah BTPN WPKL )

Agenda mesyuarat:

  •  JK dilantik
  • Tugas-tugas JK
  • Jadual pembentangan
  • Bahan-bahan yang akan dibentang
  • Hal-hal lain: Kursus Pelupusan Awet Jilid & Baik Pulih





Posted By Library Assistant

01 July 2016

Salam Aidilfitri 1437H

Kami dari Unit PSP Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WPKL mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Selamat bercuti bersama-sama keluarga tercinta, berhati-hati di jalan raya serta maaf zahir batin dari kami. Sila Klik: Video Ucapan Hari Raya Warga BTPN WPKL 2016 ( Video daripada Unit MIP )

Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.