Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

28 February 2013

Bengkel i-NILAM, i-QPSS dan Pelupusan untuk GPM



Bengkel i-NILAM , iQPSS dan Pelupusan untuk GPM sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan telah dilaksanakan di semua enam buah PKG mulai 19 Februari 2013 sehingga 26 Februari 2013. Bengkel anjuran Unit PSP BTPNKL diadakan  bertujuan memberi latihan dan pendedahan sepenuhnya kepada semua GPM untuk memantapkan dan meningkatkan tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah selain dari memberi informasi terkini dan perancangan aktiviti  oleh unit PSP BTPN WPKL.
Pada tahun 2013, pihak UPSP telah mengambil inisiatif dengan memberi satu taklimat tambahan iaitu mengenai tatacara pelupusan yang telah disampaikan oleh En. Imran b. Hj. Lamin dari UPSP BTPN WPKL, taklimat iQ-PSS oleh Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin dan pengurusan i-NILAM dan tatacara i-NILAM oleh Pn. Rosilawati bt. Maabar.



Berikut adalah Jadual Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang telah diadakan.
BIL
TARIKH
PKG
TEMPAT
1
19.02.2013
PKG Kg. Pandan
PKG Kg. Pandan
2
20.02.2013
PKG Keramat
PKG Keramat
3
21.02.2013
PKG Sentul /
PKG Segambut Jaya
PKG Sentul
4
25.02.2013
PKG Pudu
Bilik Cempaka, BTPN WPKL
5
26.02.2013
PKG Bangsar
PKG Bangsar

Laporan: Rosilawati Maabar
Posted By Library Assistant

Bengkel i-NILAM , iQPSS dan Pelupusan Untuk PTP dan N17 2013



Tarikh: 18 Februari 2013
Masa: 8.30pagi – 4:30ptg
Tempat: Makmal Siber , BTPN WPKL


Bengkel i-NILAM , iQPSS dan Pelupusan untuk Pegawi Teknologi Pendidikan (PTP) dan N17 PKG BTPNWPKL anjuran Unit PSP BTPNKL telah diadakan  untuk memberi latihan dan pendedahan sepenuhnya kepada semua PTP dan N17 dari 6 buah PKG di Kuala Lumpur untuk membantu pelaksanaan i-NILAM , IQPSS dan pelupusan oleh  sekolah ahli PKG masing-masing. Bengkel ini turut dihadiri oleh wakil Sektor Akademik dan wakil GPM dari PPW Putrajaya.
Taklimat pelupusan telah disampaikan oleh Y.Bhg. Datin Hj. Che Normadiah bt. Che Abbas, dari BTP KPM. Manakala PTP dari  Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan,  En. Imran b. Hj. Lamin telah menyampaikan taklimat mengenai perancangan aktiviti dan takwim Unit PSP BTPNWPKL, Pn. Rosilawati bt. Maabar taklimat pelaksanaan Program i-NILAM dan Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin untuk I-QPSS.
Pihak UPSP BTPNKL berharap agar semua PTP PKG dan N17 PKG  dapat meningkatkan kemahiran mereka dan dapat membantu pihak sekolah dari segi tatacara pengurusan i-NILAM , iQPSS dan Pelupusan. Peserta juga dimaklumkan bahawa semua bahan edaran dan nota kursus boleh dimuat turun dari blog ProfPen melalui Portal BTPNKL.

Laporan: Rosilawati Maabar
Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.