Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

28 February 2013

Bengkel i-NILAM, i-QPSS dan Pelupusan untuk GPM



Bengkel i-NILAM , iQPSS dan Pelupusan untuk GPM sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan telah dilaksanakan di semua enam buah PKG mulai 19 Februari 2013 sehingga 26 Februari 2013. Bengkel anjuran Unit PSP BTPNKL diadakan  bertujuan memberi latihan dan pendedahan sepenuhnya kepada semua GPM untuk memantapkan dan meningkatkan tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah selain dari memberi informasi terkini dan perancangan aktiviti  oleh unit PSP BTPN WPKL.
Pada tahun 2013, pihak UPSP telah mengambil inisiatif dengan memberi satu taklimat tambahan iaitu mengenai tatacara pelupusan yang telah disampaikan oleh En. Imran b. Hj. Lamin dari UPSP BTPN WPKL, taklimat iQ-PSS oleh Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin dan pengurusan i-NILAM dan tatacara i-NILAM oleh Pn. Rosilawati bt. Maabar.



Berikut adalah Jadual Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang telah diadakan.
BIL
TARIKH
PKG
TEMPAT
1
19.02.2013
PKG Kg. Pandan
PKG Kg. Pandan
2
20.02.2013
PKG Keramat
PKG Keramat
3
21.02.2013
PKG Sentul /
PKG Segambut Jaya
PKG Sentul
4
25.02.2013
PKG Pudu
Bilik Cempaka, BTPN WPKL
5
26.02.2013
PKG Bangsar
PKG Bangsar

Laporan: Rosilawati Maabar
Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.