Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

18 July 2012

Proses Saringan Pemilihan Tokoh NILAM 2012


Tarikh: 16-17 Julai 2012
Masa: 8:30pg – 2.00ptg
Tempat: Bilik Cempaka 2, BTPNKL


Proses Saringan Pemilihan Tokoh NILAM 2012 telah berjaya dilaksanakan oleh Unit PSP, BTPNKL pada 16 hingga 17 Julai 2012 di bilik Cempaka 2, BTPNKL. Seramai 31 orang calon dari sekolah rendah dan 33 orang calon dari sekolah menengah telah hadir untuk menjalani ujian saringan ini. Proses saringan ini bertujuan
untuk memilih  40 orang calon sahaja iaitu 20 calon sekolah rendah dan 20 orang calon sekolah menengah yang akan dipilih sebagai calon Tokoh NILAM untuk mengikuti Program Khemah Membaca yang akan diadakan pada bulan September nanti.  Justeru, kesemua calon dikehendaki  menjalani ujian penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menguji tahap kecekapan dan kemahiran berbahasa, ujian kemahiran PSS dan NILAM selain dari penilaian sahsiah calon.
Para Hakim terdiri daripada:
1. Pn. Haslizah bt. Jibin ( Hakim Bahasa Melayu)
2. En. Zaini b. Mohd Endot ( Hakim Bahasa Melayu)
3. Pn. Rosilawati bt.Maabar (Hakim Bahasa Inggeris)
4. En. Mohd Khairizal b. Baharuddin (Hakim Bahasa Inggeris)
Proses Saringan ini juga dibantu oleh urusetia yang terdiri daripada En Mohd Khairul Nizam b. Hj. Hamidun (PTP PKG Keramat), En. Mohd Asif Musyadat b. Abdul Saha (PTP PKG Segambut Jaya) dan Cik Ismawati bt. Ishak  (Unit PSP BTPNKL).
Pihak UPSP BTPNKL  sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua calon yang telah berjaya melepasi kesemua ujian saringan ini dan kepada semua guru pengiring yang telah memberikan sokongan yang padu kepada wakil sekolah masing-masing.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para hakim dan urusetia yang begitu komited menjalankan tugas sepanjang proses saringan Pemilihan Tokoh NILAM 2012 ini dijalankan.


Written By Rosilawati Maabar
Edit & Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.