Seramai 29 orang pelajar sekolah rendah dan menengah yang terpilih telah menunjukkan semangat dan kesungguhan yang tinggi dalam semua aktiviti yang diadakan. Pegawai-pegawai BTPNKL dan para hakim (guru-guru GPM ) berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Selepas melalui peringkat ujian dan proses temuduga, seramai 5 orang calon mewakili sekolah rendah dan 5 orang calon menengah telah dipilih untuk peringkat akhir. Pada peringkat ini, mereka dinilai oleh pasukan professional yang terdiri daripada En Kamaruzzaman bin Hj Ayob, PP BTPN NS, En Zainuddin bin Othman, PP BTPN KL dan Pn Fauziah bt Ahmad, PTP BTPN KL
Akhirnya, para hakim memutuskan bahawa Tokoh NILAM Negeri Kuala Lumpur 2010 dinobatkan kepada Nareen Kaur Sidhu A/P Baktor Sing (SMK ST Mary) mewakili kategori sekolah menengah bandar. Manakala Emily Haw (SJKC Naam Kheung) pula mewakili sekolah rendah bandar.