By: Fauziah Ahmad
Surat bertarikh 16 Jun 2011 dikemukakan di bawah untuk tindakan semua GPM dan Penyelaras NILAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Klik untuk : PANDUAN MUAT TURUN BORANG DATA NILAM 2011
Kepada ,
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan
Melalui ,
Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.
Tuan/Puan,
DATA PELAKSANAAN PROGRAM NILAM KALI 1 2011
Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengumpul maklumat dan data tentang status dan Pelaksanaan Program NILAM tahun 2011 dari sekolah-sekolah di setiap negeri melalui rangkaiannya iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru.
2. Kutipan data Pelaksanaan Program NILAM sehingga 30 Jun 2011 akan dianalisa
dan laporannya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca di peringkat kebangsaan.
3. Guru Perpustakaan dan Media (GPM) atau Guru Penyelaras NILAM sekolah tuan/puan dikehendaki muat turun Borang Data Program NILAM melalui portal : http://btpnkl.edu.my/ (Rujuk LAMPIRAN 2 untuk Panduan Muat Turun Borang).
4. Kami memohon jasa baik tuan/puan untuk memastikan borang tersebut diisi dengan lengkap. Sila hantar borang (hard copy) bersama LAMPIRAN 1 selewat-lewatnya pada 8 Julai 2011. Untuk makluman Tuan/Puan, borang tidak boleh difaks kerana data tidak dapat dibaca melalui faks. Soft copy pula hendaklah diemelkan kepada fauziah.btpnkl@moe.edu.my. Jika ada sebarang pertanyaan , sila hubungi Pn Fauziah Ahmad di talian 03-91733010 / 012-3295631.
Sekian , terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
t.t.
( MOHD SANUSI SASEETHARAN B. ABDULLAH)
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur
Lampiran 1
Nama Sekolah/Cop Sekolah
________________________________
________________________________ Ruj. Tuan : BTPN(KL)8800/41/5Jld.5( 100 )
________________________________ Tarikh:________________
_________________________________________________________________________
Kepada,
Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur,
Jalan Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
(u.p. Pn Fauziah Ahmad)
Tuan,
AKUAN PENGHANTARAN DATA NILAM SEHINGGA JUN 2011
- TAHAP JAUHARI
| Borang telah dilengkapkan dan disahkan. |
| Soft-copy telah diemel pada : _________________ |
| Borang tidak dapat dihantar atas sebab berikut: |
| …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………..
|
- TAHAP RAKAN PEMBACA
| Borang telah dilengkapkan dan disahkan. |
| Soft-copy telah diemel pada : _________________ |
| Borang tidak dapat dihantar atas sebab berikut: |
| …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………..
|
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
---------------------------------------
(Tandatangan dan cop Pengetua/ Guru Besar)
Nota : 1. Tandakan (√) pada petak yang berkenaan.
2. Tarikh akhir serahan adalah pada 8 Julai 2011