Tarikh :
08 hingga 11 September 2014
Hari / Malam
: 4 hari, 3 malam.
Tempat :
Kem Bumi Jati, Shah Alam
Bil. Murid
:
36/40 orang
Program Khemah Membaca adalah satu platform pemberian insentif kepada murid
yang gigih dan telah mencapai tahap pembacaan yang boleh dibanggakan melalui
Program NILAM di sekolah masing-masing berasaskan ciri-ciri kepimpinan
kebolehan, personaliti, ketrampilan diri dan kematangan murid.
Program ini mengumpulkan murid-murid yang terpilih dari sekolah
- sekolah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu jangka masa tertentu untuk
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembacaan dan tugasan yang
berteraskan pelajaran. Oleh itu, para peserta dapat berinteraksi,
bekerjasama ,mendapat pendedahan tentang pembacaan dan menimba ilmu semasa
menjayakan aktiviti atau tugasan yang disediakan.
Program Khemah Membaca
2014, anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur (
BTPNWPKL ) telah dilaksanakan di Kem Bumi Jati pada 8 hingga 11 September
2014. Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada 17 orang murid
sekolah menengah dan 19 orang murid sekolah rendah telah menyertai program ini.
Manakala sejumlah 8 orang Jurulatih Utama sebagai hakim serta 8 orang pegawai
dan urus setia daripada BTPNWPKL menyertai program ini dan menjalankan tugas
sebagai fasilitator, hakim, dan urus setia.
Program Khemah Membaca
yang diadakan bertujuan untuk memilih seorang Tokoh NILAM
2011 peringkat negeri bagi sekolah menengah dan rendah bagi kategori Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.. Murid yang terpilih akan mewakili Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan pada tahun 2015.
Majlis Perasmian Penutupan merupakan sebagai penutup tirai
Program Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri 2014. Majlis ini telah
dirasmikan oleh En Mohd Zabidi bin Ismail, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber
Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WP Kuala Lumpur (BTPNWPKL)
mewakili Ketua Penolong Pengarah, BTPNWPKL.
Pihak penganjur mengucapkan tahniah
dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan program ini.
Berikut adalah nama pemenang mengikut kategori:
A. KATEGORI BAHASA MELAYU (Sekolah
Rendah)
1. NUR IRDINA BT ABDUL KHER
(SK Taman Tun Dr Ismail 2,
Kuala Lumpur)
2. ATHIRA BT. ZAINAL ARIFFIN
(SK Danau Kota 2, Kuala Lumpur )
3. ALIA NATASHA BT ABDUL HAI
(SK Seri Bintang Utara, Kuala
Lumpur)
B. KATEGORI BAHASA MELAYU(Sekolah
Menengah)
1.MUHAMMAD HAKIM B. HASBULLAH
(SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur)
2.LUQMAN AL-HAKIM B. MOHD FAUZI
(SM Agama Majlis Agama Islam WP)
3.WATIHAH BT FATEHUL AZIS
(SMK Puterijaya, Kuala Lumpur)
C. KATEGORI BAHASA INGGERIS (Sekolah
Rendah)
1.GAN JIN JIN
(SJKC Jalan Davidson, Kuala Lumpur)
2.GEE PEI XUEN
(SK Taman Segar, Kuala Lumpur)
3.MERNA ANUSHRII A/P SRI BALA KUMARA GURUBARAN
(SK Bandar Baru Sentul)
D. KATEGORI BAHASA INGGERIS (Sekolah
Menengah)
1.NUR FATIHAH BT. MOHAMMAD NOR
(SM Sains Seri Puteri)
2.MUHAMMAD ZULHAIQAL IQMAL B. ZULKIFLY
(SMK Aminuddin Baki)
3.KAMALASHINI A/P KANENDRAN
(SMK Convent Sentul)
|
Gambar dari kiri: En Zabidi Ismail, Muhammad Hakim Hasbullah (SMK Segambut Jaya), Nur Irdina Abdul Kher (SK Taman Tun Dr. Ismail 2), Gan Jin Jin (SJKC Jln Davidson), Nur Fatihah Mohammad Nor, Pn Arinawati Mohd Yassin & Pn Zalilah Abd. Jalil.
|
Laporan: Pn Arinawati Mohd Yassin
Posted By Library Assistant