Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

11 June 2010

GERAKAN MEMBACA

Oleh Nurul Farina Nazlan
nfarina@bharian.com.my
2010/05/18
Pelbagai pendekatan digunakan bagi membudayakannya dalam masyarakat

BULAN Membaca Kebangsaan yang diraikan pada Ogos setiap tahun bagi membentuk budaya membaca di kalangan masyarakat negara ini sejak sekian lama masih belum menunjukkan keberhasilan yang membanggakan.
Masyarakat Malaysia seolah-olah tidak dapat melihat kepentingan membaca meskipun kebaikan amalan terbabit sudah ditekankan oleh Allah SWT yang memberi pedoman bahawa darjat orang berilmu dengan yang sebaliknya sangat berbeza.
Kini gerakan membaca bukan saja membabitkan sekolah dan Perpustakaan Negara Malaysia, tetapi juga badan lain yang turut menyediakan kemudahan membaca ketika pelanggan berurusan dengan mereka sebagai sumbangan ke arah memantapkan budaya membaca di negara ini.
Pelbagai pendekatan dicuba dan sudah ada kempen secara lebih bersistematik dan meluas dalam usaha menerapkan budaya membaca di tempat yang sering dikunjungi masyarakat seperti di agensi kerajaan, hospital dan bank.
Pegawai Perhubungan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Masrun Maslim, berkata sejak 2002, semua cawangan agensi itu menyediakan bilik khas bagi membolehkan pelanggan membaca ketika menunggu giliran mereka.
“LHDN sememangnya menyokong Kempen Bulan Membaca Kebangsaan yang diadakan setiap tahun. Kami bukan saja menggalakkan pelanggan membaca ketika menanti giliran, tetapi, pelanggan juga boleh melayari internet untuk membaca risalah berkaitan perkhidmatan kami.
“Di samping rujukan berkaitan percukaian, kami turut menyediakan akhbar dan buku tertentu bagi mengisi masa pelanggan terutama ketika waktu puncak seperti minggu terakhir menghantar borang pengisytiharan cukai yang lazimnya jumlah pelanggan lebih ramai berbanding biasa,” katanya ketika ditemui Sastera di pejabatnya, di sini, baru-baru ini.
Di samping menyediakan ruang khusus untuk pelanggan, LHDN juga menggalakkan tabiat membaca di kalangan pekerja apabila turut menganjurkan kempen membaca setiap tahun dengan menawarkan hadiah berbentuk buku kepada pemenang.
“Bahagian Komunikasi Korporat LHDN akan memaklumkan kepada semua pekerja mengenai kempen ini dan mereka juga boleh ke ruang bacaan yang disediakan untuk kakitangan bagi mendapatkan bahan bacaan.
“Pekerja yang membaca bahan bacaan terbanyak akan menerima hadiah yang ditawarkan dan ini adalah satu usaha yang dilakukan oleh LHDN bagi menggalakkan tabiat membaca di kalangan pekerja selain menerapkannya kepada pelanggan,” ujarnya.
Ketua Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Shariman Mohd Nor, berkata pihaknya sudah menyediakan pusat informasi khusus untuk masyarakat sekitar Kajang dengan menyediakan pelbagai bahan bacaan.
“Bagaimanapun, usaha itu seakan-akan tidak berhasil kerana tidak ramai yang datang dan mengambil peluang daripada kemudahan disediakan, malahan bilangan pelanggan yang membaca di pusat berkenaan boleh dikira dengan jari.
“Kami mengandaikan bahawa kesedaran terhadap tabiat membaca di kalangan masyarakat kita masih kurang, malahan untuk menjadikan tabiat itu sebagai budaya hidup, ia memerlukan jangkamasa panjang bagi menjadikannya satu kenyataan,” jelasnya.
Shariman juga menjelaskan bahawa MPKj bercadang menubuhkan kelab khas untuk generasi muda dengan memilih beberapa kelompok itu yang sering datang membaca di pusat informasi untuk mengajak rakan mereka berkunjung ke sana.
“Ini adalah satu lagi usaha kami bagi menggalak serta memupuk minat generasi muda untuk membaca. Mereka yang berjaya membawa 10 rakan akan diberikan ganjaran dari segi bahan bacaan dan boleh menggunakan kemudahan yang disediakan MPKj pada kadar istimewa.
“Kami juga mungkin akan cuba mempelbagaikan cara bagi menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelanggan dengan membina satu laman khas seperti ‘e-book’ di sesawang MPKj kerana masyarakat kini lebih berminat melayari internet berbanding membaca buku,” jelasnya. 

Posted by: Fauziah Ahmad

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.