Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

09 November 2010

SURAT DATA NILAM KALI KEDUA BERTARIKH 28 OKT 2010


Kepada ,

 Pengetua / Guru Besar,

Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur.


Melalui ,

Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.

Tuan/Puan,

DATA PELAKSANAAN PROGRAM NILAM SEHINGGA 30 OKTOBER 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur sedang mengumpul maklumat dan data tentang status dan Pelaksanaan Program NILAM kali kedua bagi tahun 2010 dari sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

2.            Kutipan data Pelaksanaan  Program NILAM sehingga  30 Oktober 2010  akan dianalisa di peringkat kebangsaan dan laporannya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Galakan Tabiat Membaca Peringkat Kebangsaan.

3.                      Pihak kami menggunakan borang yang sama  seperti Data Program NILAM kali pertama. Sila layari portal : http://btpnkl.edu.my/  (Klik ProfPen dan kemudian klik Borang Data NILAM di bahagian muat turun dan muat turun borang berkenaan).

4.                     Kami memohon jasa baik tuan/puan untuk memastikan borang tersebut diisi dengan lengkap (Tahap Jauhari dan Tahap Rakan Pembaca). Sila hantar borang yang telah disahkan  ke  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur selewat-lewatnya pada  16 November 2010 .  Soft copy hendaklah diemelkan kepada fauziah.btpnkl@moe.edu.my. Jika ada sebarang pertanyaan , sila hubungi Pn Fauziah Ahmad di talian 03-91733010.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,                                                                              

 t.t.

( MOHD. SANUSI SASEETHARAN B. ABDULLAH)
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.