Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

29 September 2011

PROGRAM KHEMAH MEMBACA 2011

Program Khemah Membaca 2011,  anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur (BTPNKL) telah dilaksanakan di Kem Bumi Jati , Shah Alam pada 12 hingga 15  September 2011. Seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada  17 orang  murid sekolah menengah dan 16 orang murid sekolah rendah telah menyertai program ini.
Program Khemah Membaca yang diadakan bertujuan  untuk  memilih seorang  Tokoh NILAM 2011 peringkat negeri bagi sekolah bandar kategori menengah dan rendah. Murid yang terpilih akan mewakili Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan .
                Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang 4 hari 3 malam di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Para peserta diberi pendedahan tentang literasi maklumat dan maklumat mengenai sebuah buku. Di samping itu, beberapa aktiviti sampingan yang bertujuan menguji minda, pengucapan awam dan ketahan fizikal para peserta turut diadakan. Antaranya ialah aktiviti Jejak Maklumat, Kuiz Buku, dan, Berpupelnama.
Para peserta dinilai oleh para hakim dalam dua peringkat iaitu secara individu dan secara berkumpulan.   Secara individu, peserta bebas untuk memberi penerangan dan idea mengikut kreativiti peserta di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Manakala secara berkumpulan pula, peserta seramai 3 orang dalam setiap kumpulan dimestikan menerangkan tajuk/tugasan yang diterima dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Para peserta juga dinilai dalam kepetahan bercakap dan kreatif mengeluarkan idea semasa ditemuduga oleh para hakim. Ujian penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga diberi penekanan dalam pencarian tokoh NILAM yang benar-benar memenuhi kriteria yang dikehendaki ke peringkat kebangsaan.
                Calon-calon Tokoh NILAM yang terpilih pada kali ini telah menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi sepanjang sesi pemilihan diadakan. Semua calon samada kategori sekolah rendah mahupun kategori sekolah menengah, memperlihatkan kecemerlangan dalam semua aspek ujian pembacaan, pemahaman dan kecerdasan mental. Berdasarkan kriteria dan syarat-syarat pemilihan, akhirnya para hakim telah dapat memilih Tokoh NILAM 2011 peringkat negeri yang akan mewakili kategori bandar sekolah menengah dan sekolah rendah.


SENARAI TOKOH NILAM NEGERI
   


BIL

NAMA MURID

KATEGORI

SEKOLAH

1.

REGINA TAN JIA XIN


SEKOLAH MENENGAH BANDAR

SMK AMINUDDIN BAKI

2.

CECELIA TAN XIYIE




SEKOLAH RENDAH BANDAR

SK PUTERI PANDAN 2



Laporan:
Arinawati Mohd Yassin

Posted by Admin.

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.