Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

29 August 2013

KHIDMAT BANTU PSS SMAIWP


TARIKH: 28 OGOS 2013 ( RABU )
TEMPAT: PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
MASA: 8:30PG – 4:30PTG

Aktiviti ini melibatkan kerjasama diantara Unit PSP BTPNWPKL bersama PKG Pudu untuk membangunkan Pusat Sumber Sekolah SMAIWP dan seluruh Pusat Sumber Sekolah Kuala Lumpur khasnya. Terimakasih kepada guru yang dipilih terlibat membantu aktiviti berbengkel ini. Kesemua mereka adalah seramai 8 orang GPM di bawah sekolah pengurusan Pusat Kegiatan Guru Pudu. Diharapkan semoga aktiviti berbengkel serta kerjasama GPM sekolah seperti ini dapat diteruskan dan diamalkan di dalam Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah di bawah PKG BTPNWPKL yang lain juga.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:  
  • MENYEDIAKAN DOKUMEN/FAIL
  • SUSUN ATUR/KECERIAAN PSS

PEGAWAI YANG TERLIBAT:
  • PN. ARINAWATI BINTI MOHD YASSIN
  • EN. NAZRI B. ISHAK
  • EN. KHAIRIZAL B. BAHARUDDIN
  Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.