Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

01 September 2016

Pertandingan PSS Cemerlang Kebangsaan 2016

Tarikh: 26 Ogos 2016 ( Jumaat )
Masa: 8:00pg
Pegawai Pengiring: Pn Rosilawati Maabar ( Pegawai PSP )

PSSK 2016 bagi kategori sekolah rendah telah selesai dilaksanakan di SJKC Choong Wen pada 26 Ogos 2016.

Hakim penilaian terdiri daripada Tn. Hj. Amir Akram@Amir b. Abd. Majid dari BTPN Trengganu dan En. Mazrizal b.Hashi dari Perpustakaan Kuala Lumpur. En. Mustapa Alba b. Umar, Penolong Pengarah BTPNWPKL, Pn. Rosilawati bt Maabar, UPSP BTPNKL dan En. S’aleh b. Osman turut mengiringi hakim sepanjang sesi penilaian diadakan.

Para hakim, pegawai pengiring,pentadbir sekolah, Badan Pengelola Sekolah, Wakil PIBG telah disambut dengan persembahan Gendang Cina dan Wushu murid-murid SJKC Choong Wen.

Aluan Pengetua, taklimat lengkap dan previu video korporat sekolah diadakan sebelum lawatan ke persekitaran dimulakan.

Sepanjang lawatan ke persekitaran sekolah, Guru Besar, En. Wog Shee Fat telah memberikan penerangan ringkas  setiap bilik, sudut , taman, makmal STEM dan lain-lain inovasi sekolah.

Pusat Sumber yang diwujudkan oleh SJKC Choong Wen adalah sebuah Pusat Sumber e-Library Hyread yang bercirikan Digital Library, dimana saluran komunikasi pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan internet. Begitu Komunikasi ibubapa, pentadbir, guru-guru dan pihak NGO adalah melalui melalui media baru.

Aktiviti Little Beethovan yang diadakan di dalam bilik media SJKC Choong Wen telah berjaya menarik minat para hakim dan konsepnya telah dijelaskan oleh Pn. Tan, Guru Perpustakaan Media. Aktiviti ini telah memberi impak yang besar kepada murid yang lemah dan bermasalah di sekolah tersebut melalui persembahan piano pada setiap waktu rehat hari jumaat.

SJKC Choong Wen juga amat menitikberatkan Pembelajaran Abad ke 21 dimana pihak sekolah telah mewujudkan satu bilik khas di dalam Pusat Sumber yang dikenali sebagai Connected Classroom. Melalui aplikasi Hangout, murid-murid dapat berkomunikasi terus bersama pelajar dari luar Negara pada masa yang sama. Para hakim dapat menyaksikan sendiri dan diberi peluang untuk berkomunikasi bersama pelajar dari Negara luar, Korea, Taiwan dan India pada jam 10.30 pagi.

Selain itu, Digital Frame merupakan susunan beberapa monitor terpakai yang diubahsuai. Digital Frame mempamerkan maklumat mengenai aktiviti sekolah dan murid-murid boleh mencari maklumat dari seluruh dunia hanya melalui touchscreen di monitor tengah menggunakan teknologi NComputing.

Pemeriksaan dokumen, eviden dan temubual bersama beberapa orang murid dan guru turut diadakan sebagai SOP penilaian sebelum rumusan dibuat oleh kedua-dua hakim.
Majlis Penutup diadakan dengan pembentangan hasil rumusan penilaian oleh hakim kepada pihak sekolah. Hakim turut mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha gigih dan inovasi cemerlang sekolah.

Pengetua sekolah turut  penghargaan dan terima kasih oleh pentadbir kepada para hakim yang begitu komited, pihak BTPNWPKL atas bimbingan yang diberikan kepada pihak sekolah dan warga sekolah kehebatan mereka merealisasikan SJKC Choong Wen sebagai calon PSS cemerlang di Peringkat Kebangsaan 2016.

Tahniah dan syabas dari pihak BTPNWPKL kepada warga SMKBBSP kerana telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa penilaian PSSK 2016 dan akan terus mengekalkan kecemerlangan serta menjadi penanda aras bagi sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Laporan Oleh: Pn Rosilawati Maabar
Posted By Library Assistant

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.