Khemah Membaca 2018 di Bentong Pahang

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

22 February 2010

BENGKEL PEMANTAPAN TOKOH NILAM 2010

Program pelaksanaan pemantapan Tokoh NILAM Peringkat Negeri anjuran Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur telah diadakan pada 22 - 25 Februari dan 9 – 10 Mac 2010 di Pusat Peningkatan Profesionalisme Pendidik (ProfPen), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur.
Seramai 2 orang peserta telah menghadiri bengkel ini. Mereka terdiri daripada Tokoh NILAM Negeri 2009 iaitu Ainul Afifi Zafirah bt. Mazlan (SK Convent Bukit Nanas 2) dan Nur Anis bt. Azmi (SM Agama Kuala Lumpur).

Tujuan bengkel ini ialah untuk membimbing Tokoh NILAM Peringkat Negeri di dalam beberapa kemahiran penting yang memerlukan latihan dan bimbingan sepenuhnya daripada Jurulatih NILAM.

Antara kemahiran yang telah dilaksanakan semasa program pemantapan Tokoh NILAM ini ialah:

1. Pengesanan Kemahiran Membaca
2. Pengesanan Pengetahuan
3. Pengesanan Kebestarian
4. Pengesanan Penghayatan dan Apresiasi Pembacaan
5. Pengesanan Kemahiran Memberi Pendapat / Ulasan

Pihak Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL beserta Jurulatih Utama NILAM Negeri akan melaksanakan Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM berterusan setiap tahun dengan tujuan untuk memantapkan lagi kemahiran dalam penulisan dan pecambahan idea supaya wakil negeri ini akan lebih berkeupayaan dan berkeyakinan untuk menghadapi ujian yang lebih mencabar semasa sesi ujian Tokoh NILAM Kebangsaan.

Dengan adanya Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM Negeri ini, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur khususnya Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL berharap agar Tokoh NILAM Kuala Lumpur ini akan lebih bersedia untuk mencapai kejayaan di Peringkat Kebangsaan 2010.

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.